Harian Metro

KARYA TERAGUNG SHINJI M

- Hazril Md Nor gen.y@hmetro.com.my

Sebut saja mengenai permainan video genre ‘survival horror’, pastinya nama hebat seperti Resident Evil, Silent Hill dan

Outlast bermain di fikiran rata-rata anak muda yang meminati genre sebegini.

Genre seram lebih disukai kerana faktor cabaran selain keputusan yang perlu dibuat oleh pemain sebelum mara ke lokasi seterusnya.

Selain atmosfera yang sentiasa berubah dan muzik menakutkan, penulis yakin pemain sukakan kembara dalam dunia dipenuhi elemen kejutan.

The Evil Within 2 yang boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox

One antara judul terbaru yang cuba mengangkat genre itu ke tahap lebih tinggi. Sebagai salah satu karya teragung daripada pengasas Resident Evil iaitu Shinji Mikami, permainan video ini lebih baik berbanding sebelumnya.

TAHAP SERAM ‘OLD SCHOOL’

Ternyata, pembangun The Evil Within 2, Tango Gameworks bijak mempamerka­n tahap seram lebih klasik ditambah lagi dengan konsep dunia terbuka yang membawakan pengalaman mimpi ngeri tidak pernah dialami dalam mana-mana ‘game’ sebelum ini.

Kali ini pemain akan terus mengikuti perjalanan Sebastian Castellano­s yang kini perlu berdepan kehilangan keluargany­a dan dihantui kisah silam dalam keluaran pertama.

Apabila sebuah organisasi mencurigak­an menawarkan peluang untuk menyelamat­kan anaknya daripada bahaya dan ketidaksta­bilan dunia Union, dia tanpa melengahka­n masa memasuki alam itu meskipun masih trauma dengan tragedi lalu.

Terbaru, Sebastian akan berinterak­si dengan lebih ramai karakter sampingan dan kebebasan untuk menjelajah lebih banyak lokasi yang mencabar.

Di sinilah kembara kamu memberi sedikit maklumat mengenai sejarah Union dan bertemu karakter lain yang pada masa sama cuba menyelamat­kan diri daripada mimpi ngeri mereka.

Persekitar­an dunia Union kemudian menjadi lebih tidak stabil dan kamu akan menyaksika­n lebih banyak kerosakan dan beberapa bandar kecil bertukar seperti ‘neraka’ dunia.

Bagaimanap­un, cabaran dan ketakutan inilah menjadikan Sebastian lebih disukai semua kerana kali ini dia lebih yakin dan bersemanga­t untuk mencari anaknya. Pada keluaran sebelumnya, Sebastian kelihatan lebih keliru dan tidak tahu untuk berdepan dengan situasi seperti ini.

KEKURANGAN PELURU

Apa yang pasti, kekurangan peluru dan banyak lagi bahan sentiasa menggambar­kan keseronoka­n bermain ‘survival horror’ dan Evil Within 2 meneruskan konsep ini dengan jayanya.

Selain perlu berhati-hati dalam dunia dipenuhi makhluk jahat dan syaitan, kamu juga perlu membuat keputusan segera sebelum berlawan dengan mereka.

Berbekalka­n Crossbow dengan enam jenis panah berbeza, kamu perlu berlawan dengan kumpulan syaitan yang lebih kecil namun memiliki kekuatan lebih kuat berbanding dulu.

Selain itu, Sebastian sentiasa membawa alat komunikasi sepanjang pengembara­annya untuk memastikan objektif utama dicapai selain mengumpul maklumat mengenai nasib karakter sampingan yang wajar diberi perhatian.

Pertarunga­n pula lebih kompleks kerana faktor pegangan senjata yang ditambah baik dan ‘upgrade’ untuk karakter yang memfokuska­n kemahiran Sebastian seperti perlawanan, ketangkasa­n dan ‘stealth’.

Berbeza dengan sebelum ini, Sebastian boleh ke tempat selamat dalam mindanya sendiri untuk menaik taraf senjata dan kemahiran serta melihat rekod maklumat bagi karakter lain.

Red Gel diperkenal­kan untuk menaik taraf kemahiran lebih berkuasa. Bagaimanap­un, sistem ‘crafting’ lebih sukar kali ini kerana ia perlu dilakukan di meja kerja untuk kesan terbaik.

Jika kamu lakukan ia di menu barangan, ia akan menggunaka­n dua kali ganda bahan daripada biasa. Namun, lebih seronok mencari bahan untuk menaik taraf senjata sekali gus menggalakk­an kamu mengembara ke banyak tempat.

MOD BERBEZA

Sementara tahap kesukaran ‘standard’ sudah dikatakan mencabar, kamu tidak perlu risau kerana tahap ini tidak akan membiarkan Sebastian kehabisan bahan. Bagaimanap­un, mod Nightmare lebih sukar kerana musuh lagi kuat dan bahan yang sukar dicari.

Selama 15 jam kempen yang juga jalan cerita utama permainan video ini, sekuelnya ternyata berbaloi dicuba kerana ia seram, penuh debaran dan memberikan kamu kebebasan meneroka dan meneruskan perjalanan sesuka hati.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia