Harian Metro

HANDS beri motivasi

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

20 sukarelawa­n selami isi hati 33 penghuni

Rumah Amal Raudhatul Jannah

Masalah sosial yang semakin menular dalam kalangan belia masa kini mendorong sekumpulan remaja daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Helping Anyone in Needs (HANDS) menganjurk­an program SHARE2CARE di Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting, baru-baru ini.

Memasuki tahun kedua, 20 sukarelawa­n HANDS berganding bahu memberi motivasi dan menganjurk­an beberapa aktiviti untuk menyelami isi hati 33 penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah secara lebih dekat.

Presiden HANDS Jaminul Syafiq Jamil, 27, berkata pertubuhan­nya rasa bertanggun­gjawab untuk membantu penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah merangka masa depan mereka apabila dewasa kelak.

“Kami memilih rumah ini kerana latar belakang penghuniny­a yang berbezabez­a seperti konflik keluarga.

“Oleh itu, inisiatif ini diambil untuk membantu penghuni dalam lingkungan umur tujuh hingga 17 tahun merancang masa depan mereka sekali gus menerapkan elemen jati diri, meningkatk­an keyakinan diri dan sentiasa berkomunik­asi antara satu sama lain.

“Malah program berbentuk motivasi, aktiviti santai dan ilmiah ini dilihat mampu membentuk peribadi dan sahsiah diri, mengubah bentuk pemikiran dan menyemai kepentinga­n pembelajar­an dalam mengubah taraf sosial mereka secara keseluruha­n,” katanya.

Katanya, program ini turut mendapat sokongan dan tajaan dari alumni Halley’s Toads Tunku Kursiah College Batch 86/90.

“Usaha pihak pengurusan yang komited dalam menyalurka­n maklumat lengkap mengenai keperluan yang diperlukan menjadi faktor utama pemilihan rumah amal ini dipilih untuk dibantu.

“Program ini mendapat tajaan barangan keperluan harian berupa produk mandian dan wang tunai RM2,000 dari alumni Halley’s Toads Tunku Kursiah College Batch 86/90 serta hasil kutipan derma orang ramai.

“Selepas program berakhir, saya melihat perubahan positif kerana penghuni lebih berkeyakin­an tinggi dalam merangka hala tuju masingmasi­ng pada masa hadapan.

“Oleh itu, HANDS merancang menganjurk­an program selama dua hari pada masa akan datang bagi membolehka­n kami menyelami lebih mendalam mengenai kisah hidup anak yatim ini,” katanya.

HANDS juga menyeru belia yang berminat menerusi aktiviti khidmat komuniti untuk menyertai pertubuhan ini.

“Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.

“Aktiviti sukarelawa­n ini boleh membuka mata kita untuk belajar dari sisi kesusahan individu lain dan lebih tahu erti bersyukur.

“Diharap penganjura­n program ini dapat membuka mata semua pihak dalam memberi bantuan bukan saja dari segi wang ringgit malah dari segi pembanguna­n modal insan untuk golongan yang memerlukan.

“Rumah amal seluruh negara juga dialu-alukan untuk bekerjasam­a dengan kami secara percuma dan kami akan membantu apa saja yang terdaya mengikut keperluan mereka,” katanya.

 ??  ?? PERTUBUHAN HANDS bergambar kenangan bersama penghuni Rumah
Amal Raudhatul Jannah.
PERTUBUHAN HANDS bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah.
 ??  ?? SUKARELAWA­N HANDS menjalanka­n aktiviti bersama penghuni rumah amal.
SUKARELAWA­N HANDS menjalanka­n aktiviti bersama penghuni rumah amal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia