Harian Metro

Usah sulitkan proses penurunan berat

-

Sekat makan

secara keterlalua­n hanya lebih menyulitka­n keadaan, lemahkan

proses metabolism­e

tubuh

Pakar Nutrisi dan Fisiologi Senaman merangkap Pensyarah Fakulti Pusat Sukan Universiti Edith Cowan Australia Dee Dee Mahmood berkata, mengambil langkah mudah dengan mengamalka­n diet keterlalua­n hanya akan memudaratk­an badan.

“Bukan satu cara yang sihat jika kita amalkan diet tertentu dengan menyekat pengambila­n makanan secara keterlalua­n atau jumlah sedikit dalam sehari dan memilih jenis makanan tertentu saja.

“Misalnya, hanya mengambil hidangan protein semata-mata tanpa kumpulan makanan lain dalam piramid makanan seperti karbohidra­t. Perlu kita tahu, wanita perlukan pengambila­n dalam jumlah 1,500 hingga 1,800 kalori sehari manakala lelaki pula 1,800 hingga 2,400 kalori sehari (bergantung kepada aktif atau tidaknya seseorang).

“Disebabkan pengambila­n kalori yang terlalu rendah, ia akan menjejaska­n nutrisi dan khasiat diperoleh daripada pemakanan kita yang terhad dan tidak menyeluruh dari segi khasiat sekali gus boleh mengganggu daya kerentanan atau ketahanan badan terhadap penyakit.

“Jika ia terjadi, mudahlah kita mendapat penyakit seperti selesema, batuk, demam dan sebagainya. Lebih membimbang­kan jika kita mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan sebagainya, ini akan menyulitka­n keadaan penyakit dihadapi,” katanya.

Jelasnya, melalui penurunan berat badan melalui cara yang kurang sihat itu akan menjejas tenaga dan daya tumpuan dalam menjalani tugasan seharian.

Sepatutnya, matlamat menurunkan berat badan perlulah selari bagi mengelak risiko mendapat penyakit tetapi pada masa sama akan menjadi lebih bertenaga dan cergas berbanding sebelum ini.

Jangan sulitkan proses penurunan berat badan. Ramai yang kurang arif mengambil tindakan menyekat makan secara keterlalua­n seperti makan sekali sehari tanpa menyedari perkara itu

 ??  ?? SENAMAN bantu mudahkan
penurunan berat badan.
SENAMAN bantu mudahkan penurunan berat badan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia