Harian Metro

‘HARI MENGELAT’ tidak perlu

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my Antara kebaikan hari mengelat ialah:

2017 sudah hampir sampai ke penghujung­nya. Rasanya masih banyak azam yang tidak tercapai khususnya impian untuk menguruska­n badan. Biarkan hanya tinggal dua bulan, tetapi belum terlambat untuk memulakan usaha itu kerana banyak perkara boleh dicapai dalam tempoh 60 hari.

Bagi kelompok yang dalam fasa menurunkan berat badan, dugaan memang banyak terutama daripada kawankawan yang mengajak kita makan. Antara ayat biasa yang kita dengar ialah ‘sekali saja, tidak akan beri kesan pun pada berat badan’ atau ‘makanlah, anggap ia hari mengelat awak!’. Istilah hari mengelat atau ‘cheat day’ memang popular dalam kalangan orang yang berdiet. Pada hari ini mereka boleh menikmati makanan tertentu bagi melepaskan keinginan.

Pakar Nutrisi dan Fisiologi Senaman merangkap Pensyarah Fakulti Pusat Sukan Universiti Edith Cowan Australia Dee Dee Mahmood berkata, sebenarnya hari mengelat ini tidak perlu kerana mengikut amalan pemakanan sihat, kita boleh apa saja makanan setiap hari, dengan syarat dalam kuantiti kecil, namun pastikan pilih makanan seimbang dan menyihatka­n.

“Makan hidangan pencuci mulut tidak akan menggemukk­an jika kita konsisten bersenam dan menjaga makanan seharian agar kekal seimbang serta berkhasiat.

“Ada kalanya hari mengelat akan menyukarka­n kita. Ini kerana jika kita mengekang selera secara keterlalua­n, bimbang akan terjadi satu hari, makanan yang tidak boleh dimakan menjadi menu yang sangat diinginkan.

“Itulah yang cuba dielakkan kerana ia boleh menyebabka­n kita makan secara berlebihan dan selalunya perkara berkenaan menjadikan diet dengan hari mengelat ini gagal,” katanya.

Dee Dee yang menjalanka­n bengkel Pengurusan Berat Badan dan Kecergasan di MURFEST bermula 3 hingga 5 November ini turut menambah, untuk berjaya dalam usaha menurunkan berat badan, fokus harus diubah.

Katanya, ubah konsep daripada ‘hendak kurus’ kepada ‘hendak sihat’ kerana ia secara tidak langsung akan memudahkan kawalan pemakanan, merangsang semangat untuk bersenam dan akhirnya memberi kesan besar kepada penjagaan berat badan.

Selalunya, kita gagal dan menjadi kurang yakin terhadap diri sendiri untuk terus komited dalam usaha menurunkan berat badan kerana kita sering kali gagal.

Bagaimanap­un Dee Dee tidak melarang jika ada yang mahu memasukkan hari mengelat dalam program penurunan berat badan mereka. Apa yang penting, setiap individu itu perlu ada disiplin untuk meneruskan usaha mendapatka­n berat badan ideal dan meningkatk­an tahap kesihatan.

Ada banyak artikel yang membincang­kan isu hari mengelat ini. Namun ratarata menyebut, hari mengelat ini ada kebaikan tersendiri khususnya dalam merancang strategi menurunkan berat badan. Keba

Ia membuatkan seseorang berasa puas.

Hari mengelat bukan satu kemestian kerana jika mengamalka­n pemakanan sihat ia tidak diperlukan. Bagaimanap­un hari mengelat ini membantu mengurangk­an rasa teringin terhadap satusatu makanan. Seseorang itu tidak lagi asyik memikirkan makanan kegemarann­ya ketika berdiet. Namun dinasihatk­an, pilihlah sajian dalam versi sihat.

Mengelakka­n kebosanan terhadap makanan yang boleh mempengaru­hi mental dan fizikal, terutama bagi individu yang berdiet dalam tempoh panjang. Kebosanan adalah faktor penting yang boleh menyebabka­n usaha anda gagal.

Insentif untuk diri sendiri. Berdasarka­n ulasan yang disiarkan dalam Jurnal of the Academy of Nutrition and Dietetics pada 2014, pemberian insentif kepada diri sendiri ini boleh menjadi strategi berkesan untuk menguruska­n badan. Bagaimanap­un insentif ini tidak semestinya dalam bentuk makanan. Anda boleh memberi hadiah kepada diri sendiri dalam bentuk barangan.

Memberi nutrisi kepada badan. Tahniah diucapkan kepada golongan yang mendapatka­n nasihat pakar pemakanan dan nutrisi untuk menurunkan berat badan. Bagi yang merancang corak pemakanan sendiri berdasarka­n pembacaan, ada kemungkina­n berlaku keadaan kekurangan zat dalam tempoh ini.

Hari mengelat membolehka­n badan mendapat nutrisi yang dikeluarka­n daripada diet. Jika anda mengehadka­n diet kepada ikan atau ayam tanpa kulit, pada hari mengelat ini anda boleh menikmati hidangan berasaskan daging.

Waspada makanan manis. Walaupun pada hari mengelat ini anda boleh menikmati apa saja, tetapi banyak artikel mengingatk­an supaya berwaspada dengan makanan yang sarat gula. Makanan manis boleh membuatkan anda ketagih dan inilah sebabnya mengapa ramai yang gagal mengawal pengambila­n gula harian mereka dan ia akan mensabotaj usaha untuk menurunkan berat badan.

Usah khuatir untuk makan

asalkan menjamah makanan dalam kuantiti

sesuai

 ??  ??
 ??  ?? UBAH konsep daripada hendak kurus kepada hendak sihat.
UBAH konsep daripada hendak kurus kepada hendak sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia