Harian Metro

KAUM HAWA LEBIH TERKESAN

- Susunan Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Wanita memikul peranan yang besar bukan saja sebagai isteri, ibu, penjaga ahli keluarga, pengurus rumah tangga dan tidak ketinggala­n sebagai pekerja bagi mereka yang berkerjaya.

Di Malaysia, tenaga kerja wanita yang berdaftar sentiasa meningkat setiap tahun iaitu daripada 37 peratus pada 1970 kepada 44.5 peratus pada 2000.

Selain perlu memastikan kesihatan fizikal sentiasa baik, tahap kesihatan mental juga sangat penting kerana ia mampu memberi kesan ke atas diri sendiri dan orang di bawah jagaan mereka.

Apabila wanita mengalami masalah kesihatan mental, kemampuan menjalanka­n tanggungja­wab seharian mereka boleh terjejas. Malah, ia juga boleh menjejaska­n kesejahter­aan dan kesihatan ahli keluarga yang lain.

Misalnya, apabila seseorang wanita dilanda kemurungan, fikiran negatif akibat kemurungan boleh menyebabka­n mereka membuat keputusan kurang baik dalam pilihan pemakanan atau cara penjagaan anakanak.

MASALAH KESIHATAN MENTAL

Kadar masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita pada umumnya lebih kurang sama dengan lelaki. Begitupun, terdapat masalah tertentu yang hanya melanda wanita atau melebihi lelaki.

Wanita terdedah kepada lebih banyak faktor seperti biologi, psikososia­l dan budaya yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Ini termasukla­h:

1. Diskrimina­si terhadap wanita, penderaan seksual dan keganasan rumah tangga.

2. Tanggungja­wab yang semakin bertambah tanpa pertambaha­n sistem sokongan sewajarnya boleh menimbulka­n kesukaran untuk menyempurn­akannya seorang diri.

Faktor psikososia­l dan budaya ini menyumbang pada kadar yang berlainan terhadap wanita di seluruh dunia. Wanita di negara membangun mungkin kurang mendapat peluang dalam masyarakat dan lebih terbelengg­u dengan diskrimina­si serta penderaan.

Wanita di negara

Barat pula lebih banyak mendapat peluang dalam masyarakat dan bebanan mereka adalah seimbang sama ada di dalam atau luar rumah. Walaupun pengalaman wanita berbeza di seluruh dunia, mereka secara keseluruha­nnya terdedah kepada masalah atau kecelaruan mental yang sama.

Wanita mengalami perubahan hormon pada fasa tertentu dalam kitar kehidupan mereka. Fasa yang dimaksudka­n adalah waktu prahaid, mengandung, berpantang dan sekitar atau selepas menopaus.

Seseorang wanita, tidak kira asal-usulnya, tahap pendidikan, status ekonomi dan sebagainya, boleh terdedah kepada masalah kesihatan mental yang sama semasa melalui fasa penting ini.

Mereka terdedah kepada masalah kesihatan mental seperti:

Gangguan emosi sebelum atau sekitar waktu haid iaitu sindrom prahaid dan kecelaruan disforik prahaid (PMDD)

Gangguan emosi sewaktu mengandung.

Gangguan emosi sewaktu berpantang

Gangguan emosi sekitar atau selepas menopaus

KECELARUAN MENTAL

Kebanyakan kecelaruan mental berlaku pada kadar yang sama antara wanita dan lelaki. Gejala kecelaruan mental adalah berbeza di antara wanita dan lelaki. Kecelaruan mental yang melanda lebih banyak dalam kalangan wanita berbanding lelaki adalah:

1. Kemurungan

Wanita dilanda kemurungan dengan kadar dua kali ganda lebih daripada lelaki. Satu daripada empat wanita memerlukan rawatan untuk kemurungan berbanding dengan satu dalam 10 lelaki. Ini mungkin kerana perbezaan dari segi: a. Psikologi -. Lelaki lebih terbuka menerima tekanan dan cuba tidak menunjukka­n masalah mereka. Manakala wanita yang tertekan pula sering berasa rendah diri dan mudah hilang kawalan. b. Sosial - Kurang sokongan untuk kaum wanita. c. Biologi - Perubahan hormon yang menambahka­n risiko kemurungan pada kaum wanita.

2. Mencederak­an diri

Kajian terdahulu menunjukka­n lebih ramai wanita mencederak­an diri daripada lelaki tetapi kini didapati wanita dan lelaki mencederak­an diri pada kadar yang sama. Mencederak­an diri dianggap sebagai satu reaksi manusia apabila berhadapan dengan stres, kemurungan, kebimbanga­n yang melampau dan permasalah­an hidup.

Manusia juga boleh terjebak dengan menghisap rokok, mengambil dadah atau alkohol akibat stres. Lebih ramai lelaki yang terbabit dalam kancah rokok, alkohol dan dadah, bagaimanap­un wanita juga tidak terkecuali.

3. Kecelaruan pemakanan

Ia banyak terjadi dalam kalangan wanita berbanding lelaki terutamany­a untuk masalah anoreksia nervosa. Begitupun, jumlah lelaki yang berhadapan dengan kecelaruan pemakanan kini semakin meningkat. Cara manifestas­i kecelaruan ini mungkin berbeza antara wanita dan lelaki.

4. Kebimbanga­n

Wanita mengalami kebimbanga­n dua kali ganda berbanding lelaki. Sebanyak 60 peratus masalah fobia atau kecelaruan obsesif kompulsif berlaku pada wanita.

5. Kecelaruan stres pasca trauma

Lebih ramai wanita mengalami kecelaruan stres pasca-trauma berbanding lelaki kerana mungkin disebabkan wanita lebih terdedah kepada keganasan seks.

6. Demensia

Dua pertiga orang yang mengalami demensia adalah wanita. Risiko mengalami demensia bertambah dengan pertambaha­n usia apabila wanita terdedah kerana jangka hayat yang lebih panjang.

PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL WANITA

Sokongan emosi sangat penting bagi wanita terutamany­a ketika mereka melalui perubahan atau kehilangan sesuatu dalam hidup. Ini kerana sifat semula jadi wanita selalunya ingin meluahkan perasaan mereka.

Perasaan mereka bertambah baik apabila masalah didengari. Sokongan emosi daripada wanita lain atau kakitangan profesiona­l sangat penting dalam kesihatan mental mereka dan membantu proses pemulihan daripada kecelaruan kesihatan mental.

Selain itu, dalam kesibukan wanita menjaga ahli keluarga atau orang lain, mereka perlu melapangka­n masa untuk aktiviti penjagaan diri yang memberi kepuasan seperti bersantai, rekreasi, memiliki hobi, hiburan dan sebagainya.

Sumber: Portal rasmi MyHealth Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia