Harian Metro

RANCANG KEHAMILAN DEMI KESIHATAN

-

mempunyai anak dengan jarak kehamilan yang ditetapkan bagi memberi manfaat kepada kandungan, ibu serta bayi.

UBAH NIAT, RANCANG HAMIL

Menurut Pendaftar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Pusrawi, Dr Norkedah Rahani, banyak faedah merancang keluarga yang diperoleh suami isteri dan anak.

“Antaranya, dapat meningkatk­an kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak. Malah, ia juga membantu wanita merancang dan menjarakka­n kehamilan untuk kesihatan ibu serta anak yang lebih baik.

“Pada masa sama, kaedah berkenaan bertujuan mengelakka­n kehamilan yang tidak diingini dan memperbaik­i kesejahter­aan keluarga,” katanya.

Kaedah perancang keluarga boleh didapati di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, Klinik Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Persatuan Perancang Keluarga, hospital dan klinik swasta.

Kebiasaann­ya, ibu akan diberi nasihat oleh jururawat atau doktor bertugas mengenai kaedah perancang keluarga yang boleh diambil bagi membantu menjarakka­n kehamilan ketika menjalani rawatan susulan selepas enam minggu melahirkan anak.

Ada beberapa kaedah merancang kehamilan yang terdapat di negara ini. Antaranya:

1. Kaedah semula jadi - Kaedah waktu subur - Kaedah penyusuan

2. Kaedah halangan - Kondom

- Topi servik - Diafram

3. Hormon - Pil - Implan - Suntikan

4. Alat dalam rahim

5. Kaedah kekal

- Ikatan tiub fallopian atau peranakan

- Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

“Bagi menentukan kaedah perancanga­n keluarga yang sesuai, pasangan suami isteri perlu mendapatka­n nasihat doktor terlebih dulu. Banyak faktor yang perlu dilihat sebelum memilih kaedah bersesuaia­n antaranya umur wanita, taraf kesihatan dan keberkesan­an kaedah yang dipilih.

“Ini kerana bukan semua wanita boleh menjalani kaedah yang dipilih terutama jika ada penyakit kronik. Malah, bukan semua kaedah sesuai dengan badan wanita dan kesan sampingan yang diterima juga berbeza seperti pening, loya serta haid tidak teratur.

“Justeru, apabila salah satu kaedah perancang keluarga tidak sesuai, kita terpaksa cuba cara lain hingga berjaya. Disebabkan itu, berjumpala­h dengan doktor untuk mendapatka­n nasihat dan bukan buat keputusan sendiri,” katanya.

Baginya, kaedah perancang keluarga secara kekal hanya akan disarankan kepada wanita tertentu seperti berusia 30 tahun ke atas, ada ramai anak, menghidap penyakit tertentu seperti sakit jantung kronik serta sudah melebihi tiga kali bersalin melalui pembedahan.

Ujarnya, Islam mengharusk­an untuk menjarakka­n kehamilan, namun sebaiknya elakkan menggunaka­n kaedah yang kekal jika tiada sebab tertentu.

Namun, niat utama memilih kaedah merancang keluarga perlu diubah.

Ada antara kita memasang niat tidak lagi mahu anak sedangkan mereka masih berupaya memiliki cahaya mata. Justeru, niat asal perlu diubah bagi memastikan kaedah yang diambil dapat membantu menjarakka­n kehamilan sekali gus dapat memberi keharmonia­n dalam rumah tangga.

“Wanita tidak digalakkan hamil dalam tempoh kurang dua tahun selepas kelahiran sebelumnya untuk memastikan kesihatan ibu dan anak terjaga di samping dapat menyusukan bayi sehingga dua tahun tanpa gangguan.

“Kesihatan ibu dan anak sangat penting sebagai persediaan sebelum mengandung semula agar kandungan juga dapat berkembang dengan sihat. Jarak kehamilan juga membantu mengelakka­n berlakunya tumpah darah atau kekurangan darah bagi ibu hamil kerana masih belum benar-benar pulih daripada proses kelahiran terdahulu ,” katanya.

Kaedah perancang keluarga yang dipilih boleh diteruskan sampai bilabila. Bagi memastikan ia berkesan, boleh lakukan kaedah gabungan dalam tempoh tertentu, itupun selepas mendapatka­n nasihat doktor.

Suami juga berperanan untuk memberi kerjasama dan sokongan kepada isteri bagi memastikan kaedah perancang keluarga yang dipilih berkesan. Berilah isteri tempoh untuk berehat daripada proses kelahiran terdahulu bagi memastikan kesihatan keluarga terjaga dan anak-anak tidak terabai.

Pada masa sama, wanita perlu menjalani pemeriksaa­n berkala dan ujian lumuran pap serta mamogram bagi memastikan kesihatan sentiasa stabil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia