Harian Metro

Nikmati delima dalam susu kocak

-

Buah delima memiliki pelbagai khasiat untuk membantu menjaga kesihatan badan dengan manfaatnya yang tersendiri. Ia mengandung­i zat besi, kalsium, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunaka­n buah delima sebagai ubat cacing.

Alkaloid yang terdapat pada kulit delima membuat cacing melekat pada dinding usus manusia dan melepaskan peganganny­a. Dalam perubatan Cina pula, biji delima putih dikatakan mempunyai khasiat sebagai antiradang.

Buasir adalah satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunaka­n air buah delima yang bertindak sebagai astrigen. Airnya disapu ke bahagian yang bengkak dan perlu dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

Selain itu, ada kajian yang menunjukka­n kandungan antioksida­n dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah.

Malah, kualiti antioksida­nnya juga dikatakan lebih baik berbanding buah beri biru, kranberi dan oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi.

Antioksida­n berfungsi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabka­n pelbagai penyakit termasuk kanser dan penyakit jantung.

Buah delima juga dikatakan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut penelitian yang disiarkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, antioksida­n dalam buah delima dapat mengurangk­an oksidasi LDL (kolesterol buruk) pada tikus.

Khasiatnya sudah pun diketahui ramai, namun bukan semua orang gemar menikmati rasa masam dan manis buah delima. Alasannya, ia mengandung­i biji kecil di dalamnya, sukar dimakan dan agak leceh untuk memisahkan setiap satu isinya daripada kulit selain dijual agak mahal.

Bagi anda yang tidak suka menikmati buah delima secara langsung, boleh saja jadikannya sebagai susu kocak agar lebih enak dan berkhasiat dengan campuran susu segar.

Bahannya juga mudah didapati dan penyediaan­nya yang ringkas menjadikan­nya sesuai dinikmati ketika sarapan. Selamat mencuba!

Bahan:

1 cawan susu segar

1 biji buah delima Sedikit gula (jika mahu)

 ??  ?? SEDIAKAN buah delima yang siap diasingkan daripada kulit dan susu segar. KISAR semua bahan hingga sebati. TUANG ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.
SEDIAKAN buah delima yang siap diasingkan daripada kulit dan susu segar. KISAR semua bahan hingga sebati. TUANG ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia