Harian Metro

Lelaki terjun bagang hilang selamat perahu

-

Kuala Penyu: Seorang lelaki hilang selepas terjun dari bagang ke laut untuk menyelamat­kan perahunya yang hanyut di perairan Tanjung Aru, Menumbok, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa Awang Tahir Daud, 49, yang keluar ke laut bersama dua lagi rakannya untuk membina bagang dikatakan melihat perahu yang dinaiki mereka dihanyutka­n ombak akibat ikatannya terlepas.

Menyedari kejadian itu, lelaki terbabit bertindak terjun ke laut untuk menyelamat­kan semula perahunya, namun dia dipercayai kepenatan sebelum meminta pertolonga­n rakannya.

Bagaimanap­un, kedua-dua rakannya tidak berani untuk terjun ke laut lalu menjerit meminta bantuan beberapa pekerja di bagang berhampira­n.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.14 malam sebelum sebuah jentera dan kenderaan utiliti bersama tujuh anggota serta pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba kemudian menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai dan permukaan air, namun gagal mengesan mangsa sebelum operasi dihentikan pada jam 1.13 pagi semalam (kelmarin).

“Operasi disambung semula pada jam 8 pagi ini (semalam) dan sehingga jam 4 petang ini (semalam), mangsa masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, operasi pencarian terganggu disebabkan cuaca buruk dan angin kencang.

 ??  ?? BOT nelayan turut membantu pasukan keselamata­n mencari mangsa seorang lelaki hilang selepas terjun dari bagang ke laut untuk menyelamat­kan perahu hanyut di perairan Tanjung Aru, Menumbok.
BOT nelayan turut membantu pasukan keselamata­n mencari mangsa seorang lelaki hilang selepas terjun dari bagang ke laut untuk menyelamat­kan perahu hanyut di perairan Tanjung Aru, Menumbok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia