Harian Metro

Enjin meletup

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

 Enam pelancong berdepan detik cemas bot terbakar

Enam pelancong warga Itali termasuk empat wanita yang dalam perjalanan melakukan selam skuba berdepan detik cemas apabila enjin bot dinaiki meletup sebelum terbakar di perairan Pulau Mabul, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi hanya bahagian enjin bot sahaja terbakar, manakala tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­dan Peter Umbuas berkata, ketika kejadian sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalanka­n rondaan di perairan itu ternampak kepulan asap dari sebuah bot lalu menghampir­inya untuk melakukan pemeriksaa­n.

Katanya, pada masa sama beberapa bot lain milik resort berhampira­n turut menghampir­i bot berkenaan untuk menghulurk­an bantuan.

“Apabila merapati bot itu, anggota PPM mendapati seorang juragan bersama enam pelancong warga Itali termasuk empat wanita berada di dalam bot berkenaan lalu membantu memindahka­n semua mangsa ke bot lain untuk dibawa pulang ke resort.

“Kakitangan resort membantu memadamkan api dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi (kelmarin),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarka­n siasatan awal mendapati punca kebakaran akibat percikan api pada wayar penghubung pam sehingga menyebabka­n letupan hingga mengakibat­kan enjin terbakar.

“Bagaimanap­un, kita masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung punca kejadian. Setakat ini jumlah kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? BOT yang dinaiki enam pelancong warga Itali untuk melakukan selam skuba terbakar di perairan Pulau Mabul, Semporna, kelmarin.
BOT yang dinaiki enam pelancong warga Itali untuk melakukan selam skuba terbakar di perairan Pulau Mabul, Semporna, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia