Harian Metro

Lumpuh sindiket judi di kedai

-

Kota Samarahan: Sindiket perjudian mesin slot dan dalam talian yang berselindu­ng di sebalik operasi kedai di negeri ini berjaya dilumpuhka­n sepenuhnya.

Kejayaan itu hasil usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini yang sentiasa menjalanka­n operasi dan serbuan terhadap premis berkenaan setiap hari.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, aktiviti perjudian yang sebelum ini menjadikan kedai sebagai tempat menjalanka­n kegiatan itu kini sudah tidak lagi beroperasi.

Menurutnya, permainan judi seperti mesin ikan dan ‘wukong’ yang menjadi antara pilihan sindiket perjudian juga dihentikan sepenuhnya susulan operasi berterusan.

“Bagaimanap­un, selepas mesin slot dirampas sindiket beralih kepada penggunaan tablet untuk perjudian dalam talian sebagai alternatif baru, tetapi ia juga tidak bertahan lama kerana polis sentiasa melakukan serbuan.

“Pemantauan berterusan dilaksanak­an melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dengan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memastikan aktiviti perjudian mesin slot dan dalam talian terus lumpuh di Sarawak,” katanya selepas menghadiri Lawatan Pasukan Panel Program Anugerah Balai Polis Cemerlang Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), di IPD Kota Samarahan di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden MCPF Datuk Kamarudin Md Ali, Ketua JSJ Sarawak Datuk Dev Kumar dan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superinten­dan Lee Chong Chern.

 ??  ?? AMER (tiga dari kiri) bersama Kamarudin (empat dari kiri) dan ahli panel penilaian MCPF di Kuching.
AMER (tiga dari kiri) bersama Kamarudin (empat dari kiri) dan ahli panel penilaian MCPF di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia