Harian Metro

Polis selamat tujuh wanita

- Junaidi Ladjana junaidi@hmetro.com.my

 Warga Filipina mangsa pemerdagan­gan orang di pusat hiburan

Tujuh wanita warga Filipina diselamatk­an polis daripada menjadi mangsa pemerdagan­gan orang dalam operasi di sebuah pusat hiburan di daerah ini, kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira jam jam 2 pagi selepas menerima maklumat.

Ketua Polis Daerah Labuan Asisten Komisioner Adzhar Othman berkata, semua mangsa yang diselamatk­an berusia antara 23 hingga 30 tahun dan siasatan awal mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, menerusi serbuan sama, pihaknya juga menahan seramai 21 wanita warga Filipina berusia 23 hingga 53 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang bekerja sebagai pelayan.

Katanya, selain itu, seorang lelaki berusia 52 tahun yang bertugas sebagai penjaga premis serta dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 42 tahun disyaki pekerja premis berkenaan turut ditahan.

“Hasil serbuan itu, polis merampas 38 keping kad kerja, 18 telefon bimbit pelbagai jenama dan lima kondom. Semua tangkapan kemudian dibawa ke IPD Labuan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Selain itu, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Katanya, pihak polis memberi amaran kepada semua pengusaha pusat hiburan supaya tidak menggajika­n warga asing tanpa permit kerja sah untuk bekerja di premis mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia