Harian Metro

Jualan terbuka daging haiwan eksotik berlambak

-

Kuching: Permintaan tinggi makanan eksotik seperti landak, ular sawa, kijang, pelanduk, rusa dan burung tekukur di negeri ini menyebabka­n peniaga tidak gentar menjualnya secara terbuka di pasar di negeri ini.

Terbaru, satu operasi khas dijalankan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di Pasar Tamu di Miri, bermula jam 7.30 pagi, Sabtu lalu, merampas pelbagai haiwan dilindungi termasuk daging yang sudah dilapah sebelum dijual.

Ketua Unit Operasi dan Siasatan Bahagian Pencegahan dan Penguatkua­saan JHS Abdul Wahab Ahmad berkata, semua haiwan berkenaan dipercayai diperoleh peniaga dari kawasan pedalaman dan hutan berhampira­n sebelum dijual di pasar tamu terbabit setiap hujung minggu.

“Daging haiwan berkenaan dijual antara RM18 hingga RM35 sekilogram (kg) dan dipercayai diperoleh daripada aktiviti pemburuan yang dilakukan penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman dan hutan berhampira­n.

“Peniaga pula akan menjualnya secara terbuka di pasar tamu kerana ada permintaan tinggi daripada orang ramai walaupun sedar menjual daging dan haiwan berkenaan salah,” katanya kepada Harian Metro.

Abdul Wahab berkata, operasi khas berkenaan dijalankan selepas pihaknya mendapat maklumat awam sebelum menjalanka­n risikan di pasar tamu berkenaan.

Rampasan haiwan yang belum disembelih seperti burung tekukur dan pelbagai jenis daging dianggarka­n bernilai lebih RM500.

“Peniaga yang menjual haiwan dan daging berkenaan diambil keterangan sebelum dibebaskan, namun semua hasil jualan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? BURUNG tekukur yang dirampas JHS.
BURUNG tekukur yang dirampas JHS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia