Harian Metro

Pasang hospital medan paling canggih

-

Dilengkapi 100 katil, bilik pembedahan, X-ray dan bilik kecemasan. Kemudahan itu menjadikan Hospital Medan ARPA Malaysia sebagai hospital paling canggih dan lengkap di sempadan Bangladesh kelak.

Hospital Medan ARPA akan disediakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan (KKM) dalam usaha membantu pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh, bulan ini.

Hospital medan tahap kedua itu berukuran sebesar padang bola sepak itu mampu menandingi dua hospital medan sedia ada kelolaan Norwegian Red Cross dan Bangladesh Red Crescent.

Panglima ATM Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, ini kali pertama aset ketenteraa­n yang biasa digunakan di zon konflik dipinjamka­n kepada kakitangan awam iaitu KKM.

“ATM bertungkus-lumus menyediaka­n hospital medan ARPA lengkap dengan semua peralatan perubatan dan aset sokongan termasuk kemudahan membuat pembedahan bagi kegunaan KKM menyertai Misi Bantuan Kemanusiaa­n Rohingya selaras dengan hasrat kerajaan.

“Selain itu, 140 doktor pakar, pegawai perubatan serta staf sokongan KKM dan pertubuhan bukan kerajaan menerima latihan daripada enam doktor pakar dan 40 anggota perubatan ATM bagi menghadapi situasi sebenar operasi hospital medan di Bangladesh,” katanya selepas melakukan tinjauan persiapan Hospital Medan ARPA bagi Misi Bantuan Kemanusiaa­n Pelarian Rohingya ke Chittagong, Bangladesh selain berjumpa dengan pasukan Hospital Medan Malaysia di Hospital Tentera Tuanku Mizan, semalam.

Menurutnya, selain 140 kakitangan KKM dan NGO, 10 anggota ATM yang pakar dalam hospital medan ARPA ke Bangladesh bagi kerja pemasangan hospital medan terbabit sebelum diserahkan sepenuhnya kepada KKM.

 ??  ?? HOSPITAL Medan ARPA bagi misi bantuan kemanusiaa­n pelarian Rohingya ke Chittagong, Bangladesh di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
HOSPITAL Medan ARPA bagi misi bantuan kemanusiaa­n pelarian Rohingya ke Chittagong, Bangladesh di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia