Harian Metro

API KETIKA SOLAT

Warga emas cerita detik cemas lima rumah terbakar

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

“Mak cik atas tikar sembahyang, tiba-tiba dengar orang jerit api... api beberapa kali,” kata Zahara Mohd Nor, 67, menceritak­an detik cemas rumahnya yang hangus dalam kebakaran di Jalan Madrasah, Jelutong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, wanita terbabit baru selesai menunaikan solat Zuhur dan menunggu masuk waktu Asar sebelum dia terdengar jeritan penduduk yang mengatakan ada kebakaran.

Menurutnya, dia kemudian terdengar satu letupan kuat di tingkat atas dan terus bergegas melarikan diri keluar dari rumahnya.

“Saya hanya berlari keluar sehelai sepinggang disebabkan terlalu takut selepas mendengar letupan berkenaan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Zahalina Ahmad, 60-an berkata, dia sedang menonton televisyen sambil melipat kain sebelum diberitahu ada rumah terbakar oleh penduduk.

Menurutnya, dia sempat bertanya kepada penduduk rumah siapa yang terbakar sebelum terlihat asap berkepul di belakang rumahnya.

“Tidak lama selepas itu, api menyambar dengan cepat dan saya terus bergegas keluar tanpa sempat menyelamat­kan barang dalam rumah,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Timbalan Penguasa

Saya hanya berlari keluar sehelai sepinggang disebabkan terlalu takut selepas mendengar letupan berkenaan”

Zahara Mohd Nor

Bomba Ismail Md Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.06 petang dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, lima rumah hangus sebelum api dapat dikawal jam 4.58 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kita dapati api merebak dengan cepat kerana binaan rumah di kawasan itu terlalu rapat antara satu sama lain dan ia diperbuat daripada kayu.

“Setakat ini, kita masih menyiasat punca kejadian dan juga jumlah kerugian dialami,” katanya.

 ??  ?? SEORANG warga emas sesak nafas berdekatan Lorong Madrasah, Georgetown.
SEORANG warga emas sesak nafas berdekatan Lorong Madrasah, Georgetown.
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN kebakaran rumah kampung berdekatan
Lorong Madrasah, Georgetown, Pulau Pinang.
KEADAAN kebakaran rumah kampung berdekatan Lorong Madrasah, Georgetown, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia