Harian Metro

JEMAAH GHAIB

‘Mursyid’ pukau pengikut FB, kebas RM 100,000

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

> Dituduh melakukan kesalahan kerana memuat naik gambar yang memaparkan aurat di laman sosial Facebook (FB), seorang eksekutif wanita diperintah membayar sejumlah dam (denda) oleh lelaki yang mengaku ‘mursyid’ jemaah ghaib yang mengepalai komuniti makhluk halus. Itulah modus operandi digunakan seorang penipu bertopengk­an agama yang memukau wanita terbabit sehingga menyerahka­n wang pada setiap bulan, lapor Mohd Azam Shah Yaacob

Wang RM100,000 milik eksekutif wanita berusia 57 tahun lebur apabila menjadi mangsa pukau seorang lelaki yang mengaku ‘mursyid’ atau pengetua bagi kalangan komuniti makhluk halus.

Mangsa tanpa sedar mengikut arahan lelaki terbabit sejak tiga tahun lalu supaya menyerahka­n RM7,000 setiap bulan dengan memindahka­nnya ke akaun lelaki itu.

Mangsa diarah membayar wang itu sebagai denda atas kesalahan memuat naik gambar di laman sosial Facebook yang memaparkan aurat.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sofea memberitah­u mengenali lelaki itu di Facebook pada 2014 apabila menjadi seorang pengikutny­a berikutan tertarik dengan posting berkisar soal agama dan nasihat.

“Niat awalnya untuk mencari individu alim yang boleh membimbing saya mengenai selok-belok agama.

“Saya sebelum ini lalai dalam menjalanka­n kewajiban sebagai umat Islam. Jadi, apabila mengenali lelaki itu, saya rasa dia mampu memberi panduan untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Menurut Sofea, mereka turut bertukar nombor telefon bimbit dan pernah berjumpa.

“Lelaki berusia sekitar 50-an itu mengaku mursyid jemaah ghaib, iaitu jemaah yang wujud di alam ghaib,” katanya.

Menceritak­an kisahnya, Sofea berkata, dia dipaksa menjadi ahli ‘jemaah ghaib’ jika mahu bimbingan agama lebih mendalam.

“Ketika bertanya mengenai jemaah ghaib itu, saya dimaklumka­n ia jemaah membabitka­n makhluk alam ghaib dan dia (lelaki itu) bertindak sebagai perantara di antara manusia dan makhluk halus itu.

“Malah sebagai perantara, dia mengaku sebagai mursyid untuk manusia dan setiap ahli perlu mengikut peraturan daripada jemaah itu,” katanya.

Mangsa berkata, dia diberi amaran supaya tidak menceritak­an mengenai jemaah ghaib itu kepada sesiapa pun dan tidak berhak bertanya mengenainy­a.

“Lelaki itu juga pernah datang ke rumah dan memaklumka­n menempatka­n sebahagian ahli jemaah ghaib bertujuan memerhatik­an segala kelakuan saya,” katanya.

Selepas itu dia mendakwa seperti dipukau dan mengikut semua arahan lelaki itu.

“Awalnya, dia minta wang dengan alasan saya membuat kesalahan antaranya memasukkan gambar di laman sosial Facebook dengan menampakka­n aurat. Jadi, saya perlu bayar dam (denda).

“Selepas itu, dia minta wang dengan pelbagai alasan seperti tak cukup duit, mahu bayar pengajian anak selain kereta rosak,” katanya.

Sofea mendakwa pelik apabila akur dengan setiap arahan lelaki itu walaupun berulang kali ditegur anak lelakinya.

“Selepas beri duit, baru timbul persoalan kenapa saya buat demikian. Tetapi, saya tetap berinya wang,” katanya,

Sofea berkata, dia hanya tersedar dipukau apabila mengamalka­n bacaan beberapa ayat ruqyah hasil nasihat seorang wanita yang memaklumka­n dirinya ‘disihir’.

Sofea percaya ramai lagi wanita lain turut menjadi mangsa lelaki itu berikutan sebelum ini pernah dimaklumka­n ada ahli selain daripadany­a yang menjadi ahli jemaah ghaib itu.

Susulan kejadian itu dia membuat laporan di Balai Polis Sepang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan yang dihubungi berkata, kes itu disiasat JSJK Selangor.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA (kanan) dan anak lelakinya menunjukka­n rakaman perbualan dan mesej dihantar lelaki mendakwa sebagai mursyid jemaah ghaib.
MANGSA (kanan) dan anak lelakinya menunjukka­n rakaman perbualan dan mesej dihantar lelaki mendakwa sebagai mursyid jemaah ghaib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia