Harian Metro

KE PENTAS KONVO SEJURUS BERSALIN

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

 Penerima ijazah lahir zuriat sehari sebelum terima ijazah sarjana muda

Bayi lelaki berusia satu hari menjadi tumpuan di Upacara Konvokesye­n ke-55 Universiti Sains Malaysia (USM), apabila ‘menemani’ ibu dan bapanya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan, semalam.

Pasangan dari Muar, Johor, Mohd Saleh Ibrahim, 43, dan Suziana Sulor, 41, tidak menyangka bayi itu dilahirkan sehari sebelum upacara berkenaan kerana dijangka bersalin pada 5 November depan.

Suziana yang juga kerani kewangan berkata, keluarga mereka tiba di Pulau Pinang pada 29 Oktober lalu bersama bapa, Sulor Ahmad, 67, ibu, Azizah Abu Bakar, 61 serta anak kelimanya, Lukman, tujuh tahun, dan tinggal di inap desa berdekatan Bayan Lepas.

Katanya, dia berasa sakit pada tengah malam Isnin lalu, namun menganggap ia hanya kesakitan biasa berikutan banyak berjalan, tambahan pula menempuh perjalanan lebih 10 jam dari selatan ke utara tanah air.

“Pada mulanya saya enggan ke hospital, namun ibu memaksa kerana wajah saya sudah pucat serta seakan-akan tanda seperti hendak melahirkan anak dan mujurlah tiada sebarang halangan ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan.

“Anak keenam ini dilahirkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 2.35 pagi 31 Oktober dan dia adalah hadiah sempena konvokesye­n bagi kami berdua,” katanya.

Mohd Saleh dan Suziana antara graduan menerima ijazah dalam bidang masing-masing yang disampaika­n Pro-Canselor Tan Sri Razali Ismail, semalam.

Sementara itu, Azizah berkata, dia masih tergamam dengan kelahiran cucu ke-16 itu dan dia dianggap sebagai mengambil semangat terhadap kejayaan anak dan menantunya.

“Mujurlah semua persiapan upacara dan kelengkapa­n bayi sudah siap dan anak serta saudara-mara di kampung tidak sabar menunggu kepulangan bayi ini.

“Kami masih memikirkan namanya, namun saya seolah-olah kurang percaya apabila datang ke sini (Pulau Pinang) berlima, pulang ke Johor nanti berenam,” katanya.

Pada upacara bermula pada 28 Oktober lalu hingga hari ini, seramai 6,850 graduan daripada pelbagai aliran diraikan termasuk Ijazah Kehormat (1), Prof Emeritus (1), Ijazah Tinggi Doktor Falsafah dan Sarjana (2,043), Ijazah Sarjana Muda (4,759) dan Diploma Kejururawa­tan

(48).

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Saleh dan Suziana bersama
anak mereka ketika menerima Ijazah Sarjana Muda sempena Majlis
Konvokesye­n USM ke-55.
MOHD Saleh dan Suziana bersama anak mereka ketika menerima Ijazah Sarjana Muda sempena Majlis Konvokesye­n USM ke-55.
 ??  ?? KRISHNAN (kanan) dan Adnan berkongsi kegembiraa­n selepas menerima ijazah maing-masing.
KRISHNAN (kanan) dan Adnan berkongsi kegembiraa­n selepas menerima ijazah maing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia