Harian Metro

BASIKAL PENYAMBUNG KASIH 2 BERADIK

 Sukan basikal lasak BMX ikat kasih lepas ibu bapa berpisah

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

Biarpun tinggal berasingan selepas ibu bapa mereka berpisah, pembabitan dalam sukan basikal lasak BMX menjadikan hubungan adik-beradik Muhammad Danish Danial, 18, dan Muhammad Darwish Danial Zairi, 17, tetap akrab.

Malah, mereka kini bergelar bintang dalam sukan basikal lasak BMX yang diceburi sejak beberapa tahun lalu hasil idea bapa mereka bagi mengelakka­n hubungan dalam kalangan anak-anaknya menjadi renggang.

Kelibat dua beradik yang mewakili Melaka dalam acara BMX kini digeruni kawan dan lawan pada setiap kejohanan disertai mereka sama ada pada saingan tempatan atau antarabang­sa.

Muhammad Danish Danial berkata, kemenangan demi kemenangan dicapai tidak datang bergolek sebaliknya hasil usaha keras bapa mereka Zairi Zainal, 49.

Katanya, ketika mula menunggang, kewangan mereka amat terhad selain langsung tidak mempunyai ilmu menunggang basikal BMX dengan cara betul.

“Bermodalka­n RM450, ayah belikan saya basikal BMX terpakai manakala untuk adik pula menunggang basikal BMX buatan ayah kerana dibina menggunaka­n campuran alat ganti terpakai.

“Kerana tidak ada jurulatih dan kekangan kewangan kami hanya pakai topi keledar untuk sukan motocross ketika perlumbaan.

“Tidak mengapa yang penting semangat untuk jadi juara tetap membara,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya Hashida Yahya, 45, di Sungai Udang, di sini, semalam.

Kegigihan adik-beradik itu yang bersemanga­t untuk terus aktif dalam sukan basikal lasak BMX menarik perhatian jurulatih BMX negeri Mohd Shariff Naharuddin dan hasilnya mereka berdua layak bertanding di peringkat antarabang­sa iaitu di Indonesia dan Korea Selatan.

Manakala dalam perlumbaan BMX anjuran Junior Cycling Malaysia (JCM) di Nilai, Negeri Sembilan, Muhammad Darwish Danial dan Muhammad Danish Danial masing-masing muncul juara dan naib juara bagi kategori remaja.

Sementara itu, Muhammad Darwish Danial berkata, dia bersyukur dengan bantuan dan sokongan abangnya yang kerap mengalah semata-mata mahu melihat dia bergelar juara dalam setiap perlumbaan mereka sertai.

“Walaupun kami bersaing dalam kategori sama, abang akan sentiasa beli laluan dan pastikan saya yang menang.

“Memang rasa bersyukur dengan pengorbana­n abang yang mendahuluk­an pencapaian saya berbanding diri sendiri,” katanya.

Muhammad Darwish Danial berkata, Muhammad Danish Danial tinggal bersama bapa mereka di Johor Bahru, Johor, berikutan itu dia menggunaka­n kesempatan berlatih dan membuat persediaan untuk menghadapi perlumbaan untuk bermanja dengan abangnya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Darwish (dua dari kanan) ketika pertanding­an BMX di Korea Selatan. Gambar kecil, Muhammad Darwish (tenHgaAh) bRerIsaAmN­a abMangEnyT­a Muhammad Danish Danial.
MUHAMMAD Darwish (dua dari kanan) ketika pertanding­an BMX di Korea Selatan. Gambar kecil, Muhammad Darwish (tenHgaAh) bRerIsaAmN­a abMangEnyT­a Muhammad Danish Danial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia