Harian Metro

Baru padan muka

 3 daripada 5 penjenayah ditahan selepas kereta terbabas

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

Dua daripada lima penjenayah cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas selepas dikejar kereta peronda polis dalam kejadian di Sungai Mas, Banting, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat terserempa­k kereta suspek dinaiki lima lelaki warga tempatan.

Sebelum itu polis menerima maklumat berhubung kejadian samun di sebuah rumah di Sungai Pelek, Sepang, jam 9 pagi.

Penjenayah terbabit turut melarikan kereta Honda Accord hitam mangsa .

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superinten­dan Azizan Tukiman@A Rahman berkata, berdasarka­n maklumat yang diperoleh, polis berusaha menjejaki kereta penjenayah.

Beliau berkata, pasukan peronda yang menemui kereta itu meminta pemandunya berhenti namun suspek memecut melarikan diri.

“Unit MPV mengejar kereta berkenaan sebelum kenderaan penjenayah terbabas dan melanggar tembok longkang.

“Tiga suspek ditahan namun dua lagi melarikan diri.

“Dua daripada mereka yang cedera di muka, tengkuk dan belakang badan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tiga penjenayah yang ditahan itu berusia 16, 21 dan 24 tahun.

Azizan berkata, pemeriksaa­n di dalam kereta itu menemui parang, topeng serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan

senjata.

Pemeriksaa­n di dalam kereta itu menemui parang, topeng serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah” Superinten­dan Azizan Tukiman@A Rahman

 ??  ?? TIGA penjenayah ditahan selepas kereta dinaiki terbabas di Sungai Mas, Banting, semalam.
TIGA penjenayah ditahan selepas kereta dinaiki terbabas di Sungai Mas, Banting, semalam.
 ??  ?? KERETA penjenayah yang terbabas dan melanggar tembok longkang.
KERETA penjenayah yang terbabas dan melanggar tembok longkang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia