Harian Metro

Terpacak depan pintu rumah

-

Melaka: Lima beranak tergamam selepas mendapati pagar dan dinding rumah mereka dirempuh Honda City dipandu lelaki berusia 60-an dalam kejadian di Taman Ozana Impian, di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 10 pagi dipercayai berpunca akibat kegagalan lelaki itu mengawal keretanya lalu terbabas ke arah rumah didiami lima beranak berkenaan, namun kemalangan tidak membabitka­n kecederaan.

Pemilik rumah yang mahu dikenali sebagai Anwar, 30-an, berkata, ketika keja- dian, dia berada di belakang rumah. Dua ahli keluarga lain berehat di ruang tamu manakala dua lagi di tingkat atas kediaman terbabit.

“Tiba-tiba saya mendengar bunyi dentuman kuat, macam ada sesuatu langgar rumah kami. Saya kemudian bergegas melihat apa yang berlaku dan melihat Honda City terbabit dalam keadaan terpacak di depan pintu rumah.

“Rumah ini baru diubah suai tahun lalu dan rempuhan menyebabka­n pagar automatik, pintu dan dinding rosak. Ini kejadian pertama sepanjang 10 tahun tinggal di taman perumahan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad berkata, pemandu Honda City terbabit tidak mengalami kecederaan, namun masih trauma.

Katanya, sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera serta ambulans Unit Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.13 pagi.

“Pasukan operasi mengambil masa enam minit untuk mengeluark­an pemandu yang terperangk­ap di dalam kereta. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka menggunaka­n ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta Honda City dipandu warga emas yang merempuh rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil.
KEADAAN kereta Honda City dipandu warga emas yang merempuh rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil.
 ??  ?? ANWAR ditemui pegawai bomba selepas kejadian di rumahnya di Taman Ozana Impian, Bukit Katil.
ANWAR ditemui pegawai bomba selepas kejadian di rumahnya di Taman Ozana Impian, Bukit Katil.
 ??  ?? KEADAAN pagar automatik rumah yang rosak selepas dirempuh kereta Honda City.
KEADAAN pagar automatik rumah yang rosak selepas dirempuh kereta Honda City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia