Harian Metro

Seminggu gagal berhubung

- Isma Ismail dan Khairul Hamizy Ramlee am@hmetro.com.my

 Doktor keracunan makanan ditemui mati di rumah sewa

“Telefon arwah memang rosak dan tidak dapat berhubung dengannya sejak seminggu lalu,” kata Mohd Asrol Omar Mohd Sabri, 30, abang kepada doktor muda, Mohd Muaz yang ditemui mati di rumah sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, di sini, malam Selasa lalu.

Menurutnya, dia memang dimaklumka­n mengenai adiknya yang tidak sihat sebelum itu, tetapi tidak dimaklumka­n mengenai masalahnya.

Dia juga berasa tidak sedap hati selepas dapat tahu adiknya mengalami keracunan makanan dan apabila rakan Mohd Fuaz memaklumka­n keadaan tidak serius, dia kembali tenang.

“Saya belum tahu apa yang adik saya makan hingga menyebabka­n dia dan rakan perempuann­ya itu mengalami keracunan makanan.

“Memang pemergiann­ya itu sangat mengejutka­n, tetapi Tuhan lebih menyayangi­nya dan kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya,” katanya yang juga doktor di hospital di Kelantan.

Menurutnya, dia juga ingin menjelaska­n adiknya belum bertunang seperti yang didakwa, tetapi Mohd Muaz memang ada hubungan istimewa dengan rakan perempuann­ya itu dan mereka merancang untuk berkahwin tahun ini.

Mohd Asrol Omar berkata, jenazah adiknya dikebumika­n selepas Isyak malam kelmarin di Kampung Jalai, Jitra di Kedah.

“Keluarga kami hanya menunggu keputusan forensik selepas dimaklumka­n akan mengambil masa dua minggu bagi mengetahui punca kematianny­a,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mayat Mohd Muaz, 29, ditemui anak pemilik rumah selepas membuka kunci pintu bilik sewa doktor muda terbabit jam 10.40 malam.

Mangsa yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, diper- cayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu selepas gagal dihubungi rakan perempuann­ya sebelum meminta bantuan pemilik bilik sewa berkenaan mencarinya.

Difahamkan, mangsa dan rakan perempuann­ya yang juga doktor di hospital sama sebelum itu mengalami keracunan makanan selepas mereka makan makanan yang dibeli di pasar malam di Kuala Ibai.

Rakannya itu dikatakan dirawat di hospital, tetapi mangsa didakwa enggan menerima rawatan dan mengambil keputusan untuk berehat saja di bilik sewanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JPNT) Dr Mohammad Omar berkata, punca kematian doktor lelaki berkenaan dijangka dapat diketahui dalam masa dua minggu berdasarka­n keputusan analisis yang dibuat di makmal.

Menurutnya, bedah siasat sudah dilakukan terhadap mangsa dan setakat ini tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematianny­a.

“Namun begitu, beberapa spesimen diambil seperti dalam mana-mana proses bedah siasat lain untuk dikaji lebih lanjut supaya kita dapat tentukan sebab kematianny­a,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahka­n, setakat ini, polis mengklasif­ikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT Mohd Muaz (gambar kecil, kanan) ditemui di bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, malam Selasa lalu.
MAYAT Mohd Muaz (gambar kecil, kanan) ditemui di bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, malam Selasa lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia