Harian Metro

‘Biar saya jelaskan’

-

Kuala Lumpur: Ustaz Haslin Baharin yang dilarang menyampaik­an ceramah di Johor berhasrat memberikan penjelasan mengenai salah faham terhadap dirinya kepada pihak berkuasa agama negeri berkenaan.

Pendakwah bebas yang popular dengan panggilan Ustaz Bollywood itu berkata, jadual bertemu Pengerusi Jawatankua­sa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim masih dalam perancanga­n.

“Saya nak bertemu pihak Exco agama negeri Johor, namun sekiranya diberikan peluang dapat menghadap Tuanku Sultan Johor, alangkah gembiranya.

“Namun itu semua di luar bidang kuasa saya,” katanya ringkas mengenai perkem- bangan terbaru mengenai perkara itu.

Difahamkan, ketika dihubungi semalam beliau sedang dalam perjalanan ke utara untuk program ceramah di Kedah dan Pulau Pinang.

Isnin lalu, kerajaan Singapura mengharamk­an dua pendakwah iaitu Ustaz Haslin dan Mufti Zimbabwe Ismail Menk memasuki negara itu berikutan pandangan yang boleh menjejaska­n keharmonia­n sosial dan menyebarka­n pandangan yang memecah-belahkan rakyat.

Selepas Singapura, Johor turut memutuskan, kelmarin kedua-dua penceramah itu dilarang menyampaik­an ceramah di negeri itu.

Abd Mutalip dalam lapo- ran akhbar dipetik sebagai berkata, larangan itu dikeluarka­n berikutan pandangan mereka yang boleh menjejaska­n perpaduan dan keharmonia­n kaum.

Menurutnya, ia titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Kandungan ceramah yang pernah disampaika­n kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisaha­n dalam keharmonia­n kaum.

“Jabatan Agama Johor terus memantau perkembang­an ceramah agama di negeri ini bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakk­an perpecahan kaum disampaika­n,” kata Abd Mutalip dalam laporan akhbar semalam.

 ??  ?? HASLIN
HASLIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia