Harian Metro

Kedai dobi idaman abang

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

 Wanita ambil ijazah anak maut nahas

Seorang ibu yang mewakili arwah anaknya yang meninggal dunia akibat kemalangan tidak dapat menahan sebak sebaik menerima Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an pada Upacara Konvokesye­n ke-55 Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.

Guru Sekolah Kebangsaan Selayang, Selangor, Rubayah Musnih, 46, ditemani dua anaknya, Mohd Farhan Faris, 22, dan Mohd Amirul Hafis, 18, ketika mewakili anak sulungnya, Naufal Shahzahda Zamri, yang meninggal dunia September lalu.

Rubayah berkata, ketika kejadian, Naufal Shahzahda dalam perjalanan untuk mengambil Mohd Farhan Faris dari tempat kerja namun kenderaan dinaikinya terbabas menyebabka­nnya meninggal dunia.

“Sikap arwah yang manja dan mengambil berat me- ngenai keluarga membuatkan kami cukup terasa dengan kehilangan­nya.

“Ijazah ini amat bermakna kepada keluarga dan dianggap sebagai hadiah serta kenangan daripada arwah buat kami,” katanya.

Ijazah disampaika­n Pro-Canselor Tan Sri Mustafa Mansur kepada Rubayah pada sidang media khas.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan An- tarabangsa USM Prof Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Sementara itu, Mohd Amirul Hafis berkata, sebulan sebelum kejadian, arwah memaklumka­n impiannya mahu melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana selain mahu membuka kedai dobi.

“Saya bercadang mahu menyambung hasrat arwah serta berazam mahu belajar hingga ke peringkat tertinggi.

“Saya mahu buka kedai dobi bagi merealisas­ikan hasrat arwah. Dia idola kami dan kami mahu berjaya sepertinya,” katanya.

 ??  ?? RUBAYAH bersama anaknya, Mohd Farhan Faris (kiri) dan Mohd Amirul Hafis melihat ijazah sarjana muda milik Naufal Shahzahda (gambar) selepas Upacara Konvokesye­n ke-55 USM.
RUBAYAH bersama anaknya, Mohd Farhan Faris (kiri) dan Mohd Amirul Hafis melihat ijazah sarjana muda milik Naufal Shahzahda (gambar) selepas Upacara Konvokesye­n ke-55 USM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia