Harian Metro

Tak sempat ambil barangan penting

-

Georgetown: “Saya sedih kerana semua buku, pakaian dan dokumen penting musnah sekelip mata,” kata Nur Aina Nazri, 17, seorang daripada mangsa kebakaran di Jalan Madrasah, Jelutong di sini, jam 4 petang kelmarin.

Nur Aina yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Isnin ini buntu dengan kejadian menimpanya serta keluarga.

Katanya, ketika kejadian, dia baru selesai makan dan hendak berehat di bilik sebelum dikejutkan dengan jeritan abangnya bahawa rumah terbakar.

“Saya keluar dari bilik tan- pa sempat mengambil barangan penting.

“Peperiksaa­n SPM semakin hampir namun bukan buku saja malah pakaian sekolah juga terbakar,” katanya semalam.

Seorang lagi mangsa, Shahrin Omar, 42, berkata, ketika kejadian, isteri, tiga anak serta ibu bapanya berehat di rumah.

“Api marak dengan pantas dan saya tidak sempat menyelamat­kan barangan penting.

“Saya tetap bersyukur, walaupun rumah pusaka berusia 100 tahun musnah namun ibu bapa, isteri dan anak selamat,” katanya.

Ketika ini, semua 46 individu membabitka­n 10 keluarga mangsa kebakaran itu ditempatka­n sementara di Dewan Madrasah Ibtidaitul Islamiah, Jelutong.

Ketua Menteri Lim Guan Eng turut hadir melawat mangsa selain menghulurk­an sumbangan kewangan.

Sementara itu, UMNO Bahagian Jelutong turut menghulurk­an bantuan segera RM1,000 kepada setiap keluarga yang disampaika­n Ketua UMNO Bahagian Jelutong Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

 ??  ?? ABDUL Razak (kanan) melawat tempat kebakaran di Jalan Madrasah Jelutong, Pulau Pinang.
ABDUL Razak (kanan) melawat tempat kebakaran di Jalan Madrasah Jelutong, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia