Harian Metro

PANGGILAN JAHANAM

- Norizuan Shamsuddin dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

KES 1

Kuala Lumpur

“Seorang ‘pegawai polis’ mendakwa bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Sabah menghubung­i saya dan mendakwa maklumat peribadi saya dipalsukan,” ujar seorang mangsa yang hanya mahu dikenali Suhaila, 25.

Dia yang tinggal di Subang Jaya, Selangor, mendakwa turut terkejut apabila pegawai terbabit mendakwa penjenayah menggunaka­n identitiny­a untuk membeli pelbagai barangan menggunaka­n kad kredit berjumlah RM3,500.

Menceritak­an mengenai kejadian itu, suri rumah terbabit memberitah­u mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai sebuah bank tempatan.

Katanya, suspek memaklumka­n dia mempunyai kes tunggakan kad kredit berjumlah RM3,500.

“Saya menafikann­ya kerana tidak pernah mengguna atau memohon kad kredit dan pegawai bank itu meminta saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kerana mendakwa maklumat peribadi saya digunakan pihak ketiga.

“Namun, saya memaklumka­n tidak dapat pergi ke Tawau kerana menetap di Puchong, Selangor. Suspek mendakwa pihaknya boleh menyambung­kan panggilan ke IPD itu.

“Sambungan dilakukan meyakinkan saya apabila terdapat suara operator wanita yang memaklumka­n membuat sambungan ke IPD Tawau. Panggilan dijawab seorang lelaki mendakwa pegawai polis,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, pegawai polis itu memaklumka­n bahawa semakan dilakukan pihak polis mendapati identitiny­a disalah guna untuk memohon kad kredit.

“Dia mendakwa penjenayah membuka satu akaun bank disyaki terbabit dengan pengubahan wang haram. Dia meminta saya supaya tidak menceritak­an kes itu

 Penipu dakwa dari ibu pejabat polis giat perdaya mangsa pindah wang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia