Harian Metro

Rembat 7 dulang barang kemas RM1.1 juta

-

Petaling Jaya: Ibarat ‘musim’ rompakan kedai emas. Itu yang berlaku apabila sebuah lagi kedai emas dirompak dua penjenayah di Kota Damansara di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, dua lelaki bertopeng dan bersenjata­kan parang melarikan tujuh dulang barang kemas bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Ini kes rompakan terbaru selepas beberapa kedai emas di Gombak, Kajang dan Rawang, Selangor turut dirompak dalam jenayah bersiri sejak Julai lalu.

Rompakan terbaru sema- lam berlaku ketika pekerja kedai emas berkenaan baru memulakan perniagaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, terdapat empat pekerja berada di premis berkenaan termasuk seorang pengawal keselamata­n.

“Suspek meluru ke arah pengawal keselamata­n terlebih dulu sebelum merampas senapang patah mi- lik pengawal terbabit.

“Pada masa sama, seorang lagi suspek pergi ke rak pameran barang kemas di bahagian hadapan dan merampas tujuh dulang barang kemas,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Mohd Zani berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta model Nissan Almera berwarna pu- tih.

“Suspek sempat membuang senjata api yang diram- pas di longkang berhadapan pasar raya berkenaan.

“Semakan terhadap nombor pendaftara­n kenderaan dinaiki suspek mendapati penjenayah menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu,” katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan,” katanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta melaporkan­nya kepada polis bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN Forensik PDRM menjalanka­n siasatan rompakan kedai emas.
PASUKAN Forensik PDRM menjalanka­n siasatan rompakan kedai emas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia