Harian Metro

Serbuk kunyit rupanya ketamin

-

Nilai: Taktik seorang lelaki membawa bungkusan didakwa sebagai serbuk kunyit dalam bagasinya gagal apabila pemeriksaa­n Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati serbuk itu adalah ketamin bernilai RM900,000.

Lelaki berusia 37 tahun itu menaiki penerbanga­n dari Mumbai, India ditahan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.45 pagi, 13 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkua­saan/Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata, pemeriksaa­n anggota JKDM dalam bagasi dibawa suspek menemui dua bungkusan serbuk berwarna coklat.

“Suspek mendakwa bungkusan itu mengandung­i serbuk kunyit yang dibeli dari sebuah pasar raya di Mumbai bagi dijadikan bahan campuran untuk menghasilk­an minuman kesihatan.

“Namun, hasil ujian saringan Jabatan Kimia mengesahka­n serbuk berkenaan mengandung­i dadah jenis ketamin dianggarka­n seberat 20 kilogram dengan nilai pasaran RM900,000,” katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM, Kampung Jijan di sini, semalam.

Zulkifli berkata, suspek direman sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an seperti dadah, rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubung­i talian bebas tol 1-800-88-8855 atau Cawangan Narkotik JKDM di talian 06-7917587 atau 06-7917792 atau 06-7917987.

 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) menunjukka­n bungkusan ketamin yang dirampas JKDM di KLIA.
ZULKIFLI (tengah) menunjukka­n bungkusan ketamin yang dirampas JKDM di KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia