Harian Metro

Air mata tiga ‘yes’

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 Jurusolek artis terharu bakat nyanyian dihargai juri Asia’s Got Talent

“Saya menangis kerana bukan saja dapat menyanyi di pentas Asia, malah terharu bakat saya dihargai semula,” kata Mafarikha Md Akhir, 25, peserta program pencarian bakat

yang layak ke pusingan seterusnya.

Mafarikha atau Mafa yang juga finalis program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa pada 2011 kembali menjadi tumpuan apabila video persembaha­nnya di pentas Asia’s Got Talent menjadi tular dan menerima lebih 1.5 juta tontonan di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Mafa berkata, dia tidak mampu menahan air mata apabila melihat ramai penonton berdiri memberi tepukan gemuruh selepas membuat persembaha­n menyebabka­n dia terkenangk­an cabaran dan dugaan yang dilalui untuk bergelar penyanyi.

Katanya yang bekerja sebagai jurusolek artis sepenuh masa, dia hanya mencuba nasib menyertai program itu dan tidak sangka video persembaha­nnya mendapat perhatian yang luar biasa daripada netizen membuktika­n kebolehann­ya masih dihargai. “Saya tak merancang untuk buat kemunculan semula kerana hanya mencuba nasib. Terkejut apabila saya dapat tiga daripada juri dan saya sangat gementar sebelum David Foster mengatakan ‘ yang terakhir kerana dia adalah juri yang paling ‘digeruni’.

“Selepas video persembaha­n saya tular, masih belum ada tawaran daripada mana-mana pihak namun saya mahu fokus dulu pada

katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia mengakui namanya kurang dikenali, namun bersyukur persembaha­n lagu oleh Mariah Carey yang diulang siar menerusi saluran AXN, Sabtu lalu menjadi penanda aras untuknya kembali bernyanyi.

Kata anak bongsu daripada tiga beradik itu, pengalaman menyertai program mencari bakat

adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana banyak peristiwa manis berlaku.

“Sebelum ini, saya ada mencuba menyertai uji bakat beberapa program realiti dalam negara tetapi tidak lepas. Namun kali pertama menjejak ke pentas Asia, saya diberi peluang dan sangat bersyukur,” katanya.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N hebat Mafa di Asia’s Got Talent.
PERSEMBAHA­N hebat Mafa di Asia’s Got Talent.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia