Harian Metro

Jiwa terpana mesej beracun

 Anak remaja boleh terjerumus ‘zina’ melalui telefon bimbit

- Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Bersama Hilmi Isa

Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian bertanggun­gjawab atas orang yang dipimpinny­a. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluargany­a dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggun­gjawabanny­a atas kepemimpi

nannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tanpa disedari, perbualan dan saling berbalas mesej di telefon bimbit menjadi penyebab golongan remaja lelaki dan perempuan dapat ‘berdua-duaan’.

Sebab itu, ibu bapa perlu memeriksa telefon bimbit anak remaja mereka dari semasa ke semasa terutamany­a jika selalu melihat mereka leka bermesej.

Dalam setengah keadaan, panggilan manja pasangan kekasih boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih buruk.

Bermula dengan panggilan ‘saya’ dan ‘awak’ seterusnya mereka mula beralih dengan panggilan lebih mesra seperti ‘ayang’, ‘anja’ atau ‘baby’.

Kebiasaann­ya, peringkat yang kronik apabila mereka sudah memanggil satu sama lain dengan panggilan digunakan pasangan suami isteri seperti ‘papa’, ‘mama’ dan sebagainya.

Bersesuaia­n dengan panggilan itu, kandungan perbualan mereka ketika itu sudah bertukar kepada perbualan berorienta­sikan seks seolah-olah perbualan sepasang suami isteri yang sah.

Lebih teruk, mereka tidak lagi malu menghantar gambar seksi kepada pasangan masing-masing dan kemuncakny­a berlaku aktiviti kotor dengan bertukar gambar bogel sesama mereka.

Itulah realiti remaja pada masa kini. Walaupun ada antara mereka baru saja berkenalan, namun sudah berani meminta gambar bogel.

Tidak dinafikan, kemudahan telefon bimbit itu apabila disalahgun­akan boleh menjadi antara punca golongan remaja mula menuju melakukan perkara terkutuk agama iaitu zina.

Sehubungan itu, cegah sebelum terlambat! Remaja perempuan sebenarnya suka mendapat perhatian, apatah lagi apabila ibu bapa sering sibuk menjadikan mereka kurang mendapat perhatian di rumah.

Dalam buku psikologi, perbezaan wanita dan lelaki bertajuk ‘Men are from Mars Women are From Venus’, penulisnya, Dr John Gray melakukan kajian terhadap kira-kira 20,000 responden.

Beliau membuat kesimpulan menarik mengenai kajiannya terhadap tujuan sebenar wanita menceritak­an masalah yang mereka hadapi.

Katanya, apabila lelaki bercerita mengenai masalah, tujuan sebenar mereka adalah untuk menyelesai­kan masalah.

Sebaliknya, bagi wanita mereka bercerita masalah sekadar untuk mencari teman berbicara dan itu sudah cukup membuatkan mereka gembira.

Justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian kepada anak perempuan sebagai salah satu perisai bagi mengelakka­n anak mereka terjebak dengan masalah sosial.

Satu doa boleh sama-sama kita amalkan supaya seluruh ahli keluarga kita sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT: “…Ya Rabb kami, anugerahka­nlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqaan, ayat 74)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia