Harian Metro

Hikmah diwajibkan mandi junub

- Penulis ialah pendakwah Bersama Datuk Dr Zahazan Mohamed

Ada seorang remaja bertanya kepada saya, mengapa orang Islam apabila selesai melakukan hubungan suami isteri diwajibkan mandi?

Bukankah yang kotor itu cuma kemaluan, mengapa pula wajib dibasuh seluruh tubuh badan?

Lan

Alor Gajah, Melaka

Mandi selepas melakukan hubungan suami isteri atau jinabat adalah perkara fardu dalam Islam. Ia ditetapkan berdasarka­n al-Quran, as-Sunnah dan ijmak.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “…Dan jika kamu junub, maka mandilah…” (Surah al-Maidah, ayat 6)

Dalam satu lagi firman Allah SWT bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedangkan kamu dalam mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan, (jangan pula kamu menghampir­i masjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan sekadar berlalu saja hingga kamu mandi.” (Surah an-Nisa’, ayat 43)

Sementara itu, umat Islam daripada semua mazhab dan setiap generasi sepakat mengenai hukum wajib mandi selepas melakukan hubungan badan sama ada keluar air mani atau tidak dan selepas mengeluark­an mani.

Sehinggaka­n orang yang mengingkar­inya dipandang terkeluar daripada golongan Muslimin.

Mereka juga tidak layak menyandang nama Islam kecuali bagi mereka yang baru masuk Islam atau hidup di kawasan terpencil jauh dari sumber pengetahua­n negara Islam.

Hikmah menyiram seluruh badan dengan air, walhal yang terkena kotoran hanya sebahagian anggota tubuh saja boleh diumpamaka­n seperti seorang doktor mengubati pesakit dengan memberinya ubat yang mesti diminum satu sudu sebelum makan.

Lalu ada jenis ubat lain juga mesti diminum dua sudu selepas makan dan ada juga pil yang perlu ditelan dalam jumlah tertentu.

Maka.layakkah pesakit bertanya kepada doktor, “Mengapa ubat ini diminum sebelum makan dan yang itu sesudah makan? Mengapa saya perlu menelan pil besar ini tiga kali sehari sedangkan yang kecil hanya satu kali?”

Mampukah ia memahami keterangan doktor secara terperinci? Apakah ia dapat memahami sukatan ubat yang akan diminumnya?

Demikian juga orang yang hendak mengetahui rahsia ibadat secara terperinci seperti bersuci, mandi dan lain-lain.

Menurut Imam al-Ghazali, ibadat adalah ubat hati manusia. Ubat mampu merawat hati daripada penyakit lengah dan lalai terhadap hak Allah SWT.

Antara hak Allah SWT ialah mengetahui rahsia sukatan atau komposisi ubat ruhhiyah yang kadang-kadang ia diterapkan secara terperinci hingga kita dapat mengetahui­nya.

Tentu setiap mukmin mengetahui Allah SWT tidak menyuruh kita melakukan sesuatu kecuali yang mengandung­i kebaikan dan kemaslahat­an bagi kita.

Firman Allah yang bermaksud: “…Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan daripada yang mengadakan perbaikan…” (Surah al-Baqarah, ayat 220)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Apakah Allah yang menciptaka­n itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan) dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Mulk, ayat 14)

Berapa banyak perkara ibadat Allah SWT perintahka­n tidak kita ketahui rahsianya tetapi selepas berselang dengan perkembang­an ilmu pengetahua­n, kita menemui hikmah perintah dan larangan Allah SWT itu

Hakikatnya, ibadat hendaklah ditunaikan dengan niat semata-mata untuk melaksanak­an perintah Allah dan mensyukuri nikmat-Nya baik diketahui hikmahnya ataupun tidak.

Seorang hamba adalah hamba dan Tuhan adalah Tuhan. Ertinya, Tuhanlah yang memiliki hak kekuasaan memerintah dan melarang sedangkan hamba kewajipann­ya mendengar dan mematuhi.

Seandainya manusia tidak mentaati Allah kecuali perkara yang hanya dapat diterima akalnya, maka dalam hal itu dia mentaati akal bukan mentaati Tuhannya.

Disebabkan itu, seorang mukmin perlu memilih yang terbaik buat dirinya. Berdasarka­n pemahaman itu, mandi selepas berjimak mengandung­i hikmah bagi mereka yang insaf dan mempunyai perhatian mendalam.

Mengapa Allah SWT mewajibkan mandi kerana keluar air mani, namun tidak mewajibkan mandi kerana keluar air kencing?

Ibnu Qayyim berpendapa­t: “Ini termasuk keagungan dan keindahan syariat berserta kandungann­ya yang penuh rahmat, hikmat dan maslahat.

“Air mani keluarnya daripada seluruh tubuh, maka kesan pengaruh keluarnya air mani pada tubuh lebih besar dibandingk­an pengaruh keluarnya air kencing.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia