Harian Metro

Kos mansuh tol RM110j setahun

 Kerajaan kena bayar balik tiga pengendali lebuh raya selama 20 tahun

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hme tro.com.my

Keputusan kerajaan memansuhka­n kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor serta Bukit Kayu Hitam, Kedah bakal menelan belanja RM110 juta setahun untuk 20 tahun sebagai pampasan kepada pengendali.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pampasan berjumlah RM102 juta adalah diperuntuk­kan bagi pengendali lebuh raya di dua plaza tol di Selangor manakala RM8 juta di Kedah.

“Bagi Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor, kerajaan sebelum ini mengenakan caj jalan RM20 di lebuh raya berkenaan yang menyebabka­n caj yang ber- lebihan dan langkah pemansuhan ini mengimbang­inya kembali.

“Sekiranya kita lihat kembali, usaha pemansuhan tol perlu dilaksanak­an dengan berhati-hati kerana ia bergantung kepada kemampuan kerajaan menanggung kos dalam pembayaran pampasan kepada pengendali lebuh raya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2017 di sini, semalam.

Dalam Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n mulai 1 Januari 2018, kerajaan bersetuju memansuhka­n kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan EDL.

Sementara itu, menurut laporan Nikkei Markets sebelum ini, kerajaan memperuntu­kkan RM70 juta sebagai pampasan kepada pengendali EDL menjadikan jumlah keseluruha­n bagi empat tol mencecah RM180 juta setahun.

Mengulas mengenai pemansuhan itu, Abdul Ghani berkata, sebagai pengendali lebuh raya, PLUS menstruktu­r dan menaik taraf semua plaza tol sehingga 2038 di samping mempunyai bon sehingga RM30 bilion yang perlu dibayar kembali kepada kerajaan. “Untuk memansuhka­n tol perlukan penelitian mendalam dan kerajaan tidak boleh lakukannya sekali gus. Jadi mana yang bersesuaia­n dan berkemampu­an kami ambil sedikit demi sedikit,” katanya.

 ?? FOTO:
HAFIZ SOHAIMI ?? JOHARI pada majlis perasmian Seminar Percukaian Kebangsaan 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
FOTO: HAFIZ SOHAIMI JOHARI pada majlis perasmian Seminar Percukaian Kebangsaan 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia