Harian Metro

‘Habuk masih ada lagi’

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduan@hmetro.com.my

 TPM luah tak puas hati berhubung sistem selenggara di ICQS

engok sendirilah, habuknya masih ada lagi.’

Itu kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai keselamata­n dan kawalan sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, semalam.

Ahmad Zahid meluahkan ketidakpua­san hatinya berhubung sistem penyelengg­araan dilakukan di kompleks itu yang dilihat belum mencapai 100 peratus.

“Pihak jawatankua­sa tidak berpuas hati dengan perkara ini kerana walaupun operasi berjalan sepenuhnya, tetapi saudara-saudari tahu bahawa pegawai kita (agensi) terpaksa menutup hidung dengan topeng hidung...ertinya habuk masih ada lagi.

“Kita lihat bahawa saluran longkang belum ditutup, jalan-jalan belum berturap sepenuhnya, (tapi) operasi berjalan sepenuhnya.

“Perkara sebeginila­h saya maksudkan, ia mesti men- capai 100 peratus,” katanya ketika melawat kompleks ICQS.

Kompleks ICQS turut dilengkapi Kompleks Kenderaan Ringan (KKR) dan Kompleks Kenderaan Berat (KKB).

Ketika ini juga, semua kemudahan disediakan di Fasa 1 akan berkongsi bagi urusan masuk ke Malaysia dari Thailand dan keluar dari Malaysia ke Thailand sehingga akhir 2018.

Mesyuarat yang berlangsun­g lebih sejam itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan berkaitan.

Ditanya bilakah pembinaan di kompleks itu men- capai 100 peratus, Ahmad Zahid berkata, pihak pemaju berikrar menyiapkan segera menjelang akhir bulan ini.

“Saya memberikan kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk mewakili saya meninjau perkembang­an pembinaan ini yang mencapai 100 peratus kelak.

Hanya sedikit lagi (penyelengg­araan) iaitu satu pera- tus,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, sejajar pengumuman Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pembanguna­n Bukit Kayu Hitam sebagai Zon Ekonomi Sempadan Khas yang bebas cukai, ia akan dibangunka­n secara usaha sama antara Khazanah Nasional Berhad dan sebuah syarikat pemaju da- lam Fasa 3.

“Tiga fasa pembanguna­n yang diusahakan Kerajaan Persekutua­n dan negeri ini akan membangunk­an kawasan sempadan khususnya di Bukit Kayu Hitam.

“Jawatankua­sa HLC akan terus memantau bukan saja sehingga Fasa 1 disiapkan malah aspek keselamata­n dan aspek naik taraf perkhidmat­an khasnya aspek halangan bagi kelicinan perjalanan semua operasi agensi di sini.

“Aspek budaya penyelengg­araan turut dipantau kerana kami tidak puas hati dari segi penyelengg­araan kerana mahu agar tempat ini mesra pelancong dan orang luar serta orang tempatan yang mengharapk­an kemudahan dan perkhidmat­an terbaik,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan penting bagi meneliti segala aspek kekurangan dalam Fasa 1 untuk diperhalus­i supaya tidak berulang pada Fasa 2 nanti yang akan beroperasi 24 jam pada 1 Januari 2019.

“Ini penting seperti dihasratka­n Perdana Menteri untuk menjadikan zon di ICQS Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, kawasan sempadan Perak dan Kelantan sebagai hab logistik nasional tercapai,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zahid (tengah) meninjau kerja-kerja pembinaan ketika mengadakan lawatan kerja ke ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam.
AHMAD Zahid (tengah) meninjau kerja-kerja pembinaan ketika mengadakan lawatan kerja ke ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia