Harian Metro

Tren 4 gerabak KL Monorel bakal beroperasi kembali

-

Puchong: Tren empat gerabak KL Monorel dijangka kembali beroperasi pertengaha­n Disember ini selepas kerja memperting­katkan ciri keselamata­n selesai sejak operasinya dihentikan sementara Mei lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, ketika ini kerja penambahba­ikan dijalankan dan dijadualka­n selesai tidak lama lagi.

“Kita jangkakan tren empat gerabak ini akan kembali beroperasi seperti sedia kala menjelang pertengaha­n Disember ini dan amat memahami kesesakan yang dihadapi pengguna apabila hanya tren dua gerabak digunakan sekarang.

“Bagaimanap­un, Prasarana tidak sesekali berkomprom­i dengan sebarang masalah berkaitan keselamata­n penumpang sehingga keadaan dipastikan selamat untuk ia beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran kempen Senyuman Mesra, Ikhlas, Layanan Efisien (SMILE) bagi memantapka­n kualiti perkhidmat­annya di stesen transit aliran ringan (LRT) Putra Heights di sini, semalam.

Mengulas lanjut Azmi berkata, pendekatan kempen SMILE atau senyuman itu diharap mampu mewujudkan persekitar­an ceria dan harmoni.

“Diharapkan, usaha ini juga dapat menaikkan imej syarikat sejajar dengan misi untuk menjadi penyedia perkhidmat­an pengangkut­an awam berkelas dunia.

“Sebagai permulaan, program ini menyasarka­n tiga kumpulan utama iaitu Rapid Rail, Bas Rapid dan pasukan Polis Bantuan Prasarana,” katanya.

Tambah beliau, akademi Rel Rapid Rail dan Akademi Bas Rapid menjadi tenaga utama dalam menyediaka­n latihan kepada staf dan kakitangan Prasarana yang kini melebihi 10,000 orang.

 ?? Azmi Abdul Aziz ?? AZMI (lima dari kiri) ketika pelancaran SMILE sebagai langkah memantapka­n lagi perkhidmat­an pelanggan di Stesen LRT Putra Height. Kita jangkakan tren empat gerabak ini akan kembali beroperasi seperti sedia kala menjelang pertengaha­n Disember ini”
Azmi Abdul Aziz AZMI (lima dari kiri) ketika pelancaran SMILE sebagai langkah memantapka­n lagi perkhidmat­an pelanggan di Stesen LRT Putra Height. Kita jangkakan tren empat gerabak ini akan kembali beroperasi seperti sedia kala menjelang pertengaha­n Disember ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia