Harian Metro

Had 15% setahun

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Kadar faedah maksimum syarikat jualan kredit mulai 1 Januari

Syarikat jualan kredit hanya boleh mengenakan kadar faedah Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) sedang berbincang dengan pihak swasta dan kementeria­n lain bagi mewujudkan kuota khas untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki rumah mampu milik (RMM) selaras dengan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang akan diperkenal­kan.

Menterinya Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, antara RMM itu ialah Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Skim Rumah Pertama.

Menurutnya, program SASaR bertujuan mengurangk­an kebergantu­ngan anggota ATM terhadap penempatan maksimum 15 peratus setahun mulai 1 Januari depan.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelaksanaa­n kadar faedah tetap itu menerusi pindaan Akta Perlindung­an Pengguna 1999 dan penggubala­n Peraturan-Peraturan Perlindung­an Pengguna (Jualan Kredit) 2017 yang diluluskan Dewan Negara, April lalu.

Katanya, berdasarka­n konsultasi bersama pihak industri, kementeria­n mendapati kadar faedah yang dikenakan ketika ini boleh mencecah sehingga 35 peratus setahun.

“Melalui pindaan akta dan peraturan ini, kerajaan menetapkan kadar faedah tetap maksimum 15 peratus setahun.

“Penurunan ini diharap dapat membantu rakyat terutamany­a mereka yang kurang berkemampu­an untuk memiliki barangan bagi kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah,” katanya ketika menjawab soa- lan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang bertanyaka­n pendekatan penguatkua­saan dilaksanak­an kementeria­n bagi menangani kadar faedah tinggi dikenakan syarikat jualan kredit di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata, pertubuhan perbadanan yang ingkar dengan penetapan kadar faedah itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 dan bagi kesalahan kedua pula denda tidak lebih RM200,000.

Katanya, jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua pula, denda dikenakan tidak lebih RM100,000, penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

 ?? Hamzah Zainudin ?? Penurunan ini diharap dapat membantu rakyat, terutamany­a mereka yang kurang berkemampu­an untuk memiliki barangan bagi kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah”
Hamzah Zainudin Penurunan ini diharap dapat membantu rakyat, terutamany­a mereka yang kurang berkemampu­an untuk memiliki barangan bagi kegunaan diri sendiri, keluarga dan isi rumah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia