Harian Metro

Guru duduk tersenyum curi tumpuan pelawat

-

Kuala Lumpur: Lukisan guru wanita duduk tersenyum sambil memegang buku dengan latar belakang sangkar burung dan bot antara 75 karya mencuri tumpuan pada Pameran Alam & Guru berlangsun­g di Balai Seni Negara hingga Ahad ini.

Pelukis karya berkenaan, Mohd Jamil Mohd Isa, 36, berkata, lukisan yang diolah dalam bentuk figura berekspres­i itu mempunyai makna tersendiri berikutan ia memaparkan liku sebenar pengalaman­nya sebagai seorang guru yang pernah bertugas di sekolah pedalaman di Kampung Tekek Pulau Tioman, Kuala Rompin, Pahang selama 11 tahun.

“Saya mengangkat wanita itu sebagai subjek utama berikutan ia lebih sesuai menggambar­kan semangat kegigihan seorang guru berkorban mendidik anak bangsa biarpun hidup sendirian di kawasan terpencil.

“Peranan sangkar itu selain menggambar­kan sosio ekonomi penduduk setempat yang membuat kraftangan, ia juga mencermink­an tugas seorang guru bukan mudah kerana terikat dengan banyak perkara termasuk peraturan.

“Jadi saya tekankan ekspresi wajah wanita itu di sebalik senyumanny­a kita tidak tahu apa yang dia rasa, namun demi amanah tugas dia masih mampu bertahan,” katanya selepas Majlis Perasmian Pameran Alam & Guru di Balai Seni Negara, di sini, semalam.

Hadir merasmikan pameran anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur itu ialah Pengerusi Yayasan Sarana Pendidikan Malaysia Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Ia menampilka­n 75 karya pendidik seluruh negara yang bertemakan lukisan alam dan guru membabitka­n nilai keseluruha­n RM295,915. Mohd Jamil yang baru saja berpindah tugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemok, Rompin berkata, dia menjadikan hobi melukis sejak 2006 bagi mengisi masa lapangnya.

“Selain berkait rapat dengan bidang kerja sebagai guru pendidikan seni, saya juga gemar melukis untuk mengisi masa lapang di samping menjana pendapatan sampingan RM2,000 sebulan.

“Setakat ini, lebih 200 karya dihasilkan dan antara kejayaan terbesar yang pernah saya capai ialah memenangi sebuah pertanding­an rekaan syiling antarabang­sa di Jepun pada 2010,” katanya.

 ??  ?? MOHD Jamil bersama lukisannya bertajuk Guru Pedalaman yang dipamerkan pada Pameran Alam & Guru di Balai Seni Negara.
MOHD Jamil bersama lukisannya bertajuk Guru Pedalaman yang dipamerkan pada Pameran Alam & Guru di Balai Seni Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia