Harian Metro

Menjanda sepanjang hayat...

- Zaid Salim am@hmetro.com.my

 Wanita berkahwin guna jurunikah tidak sah di Thailand sukar kahwin kali kedua

Janda sepanjang hayat. Itulah status yang bakal ditanggung wanita yang melangsung­kan perkahwina­n dengan jurunikah tidak sah di Thailand apabila berlaku perceraian.

Risiko itu bakal ditanggung wanita terbabit kerana perkahwina­n yang diatur sindiket kononnya memudahkan pasangan yang terdesak untuk berkahwin, tidak didaftarka­n dengan jabatan agama negara berkenaan.

Keadaan itu menyebabka­n wanita itu sukar mendapatka­n pengesahan perceraian, sekali gus menyukarka­n mereka sekiranya mahu berkahwin kali kedua.

Sebilangan besar pasangan yang menjadi mangsa sindiket terbabit terdiri daripada wanita muda yang terdesak untuk berkahwin seperti hubungan tidak direstui keluarga sebelum memilih jalan singkat itu.

Jumlah wang hantaran tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit juga menjadi faktor pihak lelaki tidak mampu memenuhi permintaan keluarga pasanganny­a menyebabka­n mereka memilih untuk bernikah di Thailand.

Difahamkan, sindiket terbabit dikatakan mampu mengaut keuntungan hingga puluhan ribu ringgit apabila mengenakan bayaran antara RM3,500 hingga RM5,000 bagi setiap pasangan.

Bagi meringanka­n beban pasangan yang tidak memiliki pasport antarabang­sa untuk ke negara berkenaan, sindiket terbabit licik mengatur urusan perkahwina­n dengan jurunikah tidak bertauliah dari negara itu di beberapa lokasi di sempadan Kelantan/Thailand.

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata, taraf perkahwina­n tidak sah bagi pasangan yang berkahwin di Thailand menyebabka­n ra- mai wanita negeri itu tidak dapat melangsung­kan perkahwina­n buat kali kedua berikutan sukar mendapatka­n pengesahan perceraian daripada pihak mahkamah syariah dan jabatan agama.

Menurutnya, ia juga menimbulka­n banyak masalah lain antaranya sukar mendapatka­n status kelahiran anak, isu kad pengenalan dan status kewarganeg­araan.

“Berikutan itu, satu pertemuan akan dilakukan antara kerajaan negeri dengan pejabat agama di Songkhla, Narathiwat, Pattani dan Bangkok pada pertengaha­n bulan ini bagi membincang­kan isu berkenaan untuk kepentinga­n kedua-dua pihak,” katanya selepas Majlis Apresiasi Terengganu De’ Latimojong, di sini, malam kelmarin.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan kejayaan 14 pendaki termasuk pengamal media menawan puncak Gunung Latimojong di Sulawesi Selatan, Indonesia setinggi 3,478 meter dari paras laut pada awal bulan lalu.

 ??  ?? GHAZALI (berdiri lima dari kanan) bersama barisan pendaki pada majlis Apresiasi Terengganu De’ Latimojong.
GHAZALI (berdiri lima dari kanan) bersama barisan pendaki pada majlis Apresiasi Terengganu De’ Latimojong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia