Harian Metro

Jel 6 bulan tumbuk pemandu Grab Car

-

Petaling Jaya : Seorang peniaga dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menumbuk muka seorang pemandu Grab Car, minggu lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhka­n hukuman itu ke atas Hong Wai Koong, 21, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas Mohd Fairos Ab Rahim, 33, di hadapan Hotel One World Avenue Bandar Utama, Damansara, di sini, pada jam 3.55 pagi, 29 Oktober lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau dua-duanya.

Terdahulu, Hong yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia sudah insaf dan menyesal akan perbuatan yang dilakukan.

“Saya memohon maaf atas perbuatan ini dan saya perlu bekerja bagi menyara isteri dan anak yang masih kecil,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan ke atas tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh dan empat lagi rakannya yang mabuk ingin menaiki Grab Car, namun pengadu tidak benarkan kerana kerana khuatir mereka muntah di dalam kenderaann­ya.

Tertuduh yang berang dengan tindakan pengadu kemudian bertindak menumbuk mukanya.

ke-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia