Harian Metro

331 terima pingat

-

 Sempena ulang tahun ke-61 Hari Keputeraan Sultan Perak

Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah mengetuai senarai 331 penerima Darjah, Bintang dan Pingat kebesaran negeri bersempena ulang tahun ke-61 Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sultan Sallehuddi­n dianugerah­i Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati.

Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran negeri Perak berlangsun­g di Balairung Seri, Istana Iskandaria­h, Kuala Kangsar, Ahad ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, istiadat penganuger­ahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri, Datuk Seri Panglima, Datuk dan Datuk Pahlawan akan diadakan pada Ahad, manakala anugerah darjah bintang dan pingat lain bakal disempurna­kan pada 11 November.

Dua penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri ialah Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Pengerusi Pos Malaysia Berhad Tan Sri Dr Mohd Kamil Jamil, kata Abdul Puhat pada sidang media di pejabatnya, di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim masing-masing menerima Darjah Seri Panglima Taming Sari yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Datuk Rusnah Kassim antara tiga penerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran Datuk.

Dua penerima lain ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Pertubuhan Bu- kan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Datuk Samsudin Abu Hassan serta Pengarah Urusan Kamalbina Sdn Bhd Datuk Kamarulbah­rin Zainuddin.

Pengarang Kumpulan New Straits Times Yushaimi Maulud Yahaya dan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk S Thangasvar­i antara 20 penerima darjah Datuk Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk.

Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Datuk Mazlan Santarai serta Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor antara empat penerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Sementara itu, Dr Edzan Che Nasir dari pejabat pendaftar Universiti Malaya dan Prof Dr Mohd Mustafa Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Alam antara empat penerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini.

Bekas atlet olahraga yang juga jurulatih olahraga di Majlis Sukan Negara S Josephine Mary, atlet lompat kijang negara Muhammad Hakim Ismail dan ketua pasukan bola sepak Perak Mohd Nasir Basharudin antara 65 yang dianugerah­kan darjah kebesaran Ahli Mahkota Perak.

Pingat Pekerti Terpilih dianugerah­kan kepada 92 penerima dengan seorang daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia Mohd Nazri Seman yang berjaya mendidik dua anak beliau, Nor Adrina Adlyna,19, dan Nor Nabila Natasha,15, sehingga berjaya memenangi beberapa kejohanan sukan perahu layar di peringkat antarabang­sa.

Sejumlah 28 orang dianugerah Darjah Paduka Mahkota Perak; 10 menerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini; 96 dianugerah Pingat Jasa Kebaktian, manakala empat menerima Pingat Lama Perkhidmat­an. – BERNAMA

 ??  ?? DR Mohd Kamil
DR Mohd Kamil
 ??  ?? YUSHAIMI Maulud
YUSHAIMI Maulud
 ??  ?? NOOR Rashid
NOOR Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia