Harian Metro

IPT main peranan perkasa ekosistem halal

-

Sepang: Institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu memainkan peranan penting bagi membantu memperkasa ekosistem dan agenda halal negara selaras usaha menjadikan Malaysia pusat kecemerlan­gan halal global.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, pembanguna­n industri halal adalah satu agenda besar negara serta mendapat perhatian dunia dan mempunyai potensi tinggi untuk diterokai.

“Negara mempunyai banyak kelebihan serta mampu menjadi peneraju kerana mempunyai pengalaman luas, infrastruk­tur baik serta industri yang dapat membantu membangun dan menggalakk­an pembanguna­n industri.

“MPN berharap IPT dapat mengambil peluang memperkasa­kan lagi sektor halal negara termasuk memperkasa­kan lima agenda utama yang disarankan kerajaan,” katanya pada sidang selepas merasmikan program Cakna Halal: Pemerkasaa­n

Ekosistem Halal Negara di Sepang, semalam.

Turut hadir Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suihaimee dan Naib Canselor Universiti Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Musa Ahmad. Seramai 100 peserta menyertai program ini bertujuan mengenal pasti hala tuju IPT dalam pelaksanaa­n agenda halal negara, di samping mewujudkan kerjasama pintar dalam kalangan IPT.

Ia termasuk usaha memberi khidmat nasihat, perundinga­n serta latihan berterusan kepada semua pihak berkepenti­ngan dalam industri halal.

Dr Raduan berkata, sebelum ini universiti awam dan swasta banyak menyokong usaha meningkatk­an industri halal negara di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa melalui pelbagai inisiatif penyelidik­an, pengurusan serta perkhidmat­an halal.

 ??  ?? DR Raduan
DR Raduan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia