Harian Metro

Lapor polis guru minta seks

-

Kuala Lumpur: Gempar susulan penyebaran audio melalui laman sosial mengaitkan tindakan guru lelaki meminta ‘habuan’ seks daripada pelajar.

Perkara itu didedahkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menggesa pihak polis dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap guru lelaki yang juga bekas ketua cawangan sebuah parti politik.

Guru itu didakwa meminta habuan seks daripada pelajar sebagai syarat untuk lulus peperiksaa­n serta mendapatka­n pekerjaan.

Ketua DHPP Datuk N Balasubram­aniam berkata, pihak berkuasa perlu menjalanka­n siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu terbabit sekiranya dakwaan yang tular itu benar berlaku.

“Perkara ini adalah isu komuniti dan sebagai seorang guru bolehkah dia melakukan perkara sedemikian?

“Saya berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPM mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak berulang lagi,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia, Nuridah Mohd Salleh untuk turut memberikan sokongan terhadap laporan itu.

Balasubram­aniam berkata, menerusi rakaman audio perbualan antara suspek dengan seorang wanita, le- laki itu dipercayai pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa pelajar lain untuk meluluskan mereka dalam peperiksaa­n.

Katanya, terdapat pengakuan bahawa suspek sudah melakukan jenayah rogol terhadap beberapa remaja bawah umur sebagai balasan mendapatka­n pekerjaan dan bantuan.

“Lelaki itu menggunaka­n kedudukann­ya sebagai seorang ahli politik dan penjawat awam untuk memperdaya­kan wanita bagi tujuan seks,” katanya.

 ??  ?? BALASUBRAM­ANIAM bersama beberapa anggota DHPP membuat laporan di IPD Sentul.
BALASUBRAM­ANIAM bersama beberapa anggota DHPP membuat laporan di IPD Sentul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia