Harian Metro

‘Saya minta maaf’

- Mohd Hilmie Hussin am@hmetro.com.my

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah memohon maaf dan menarik balik tuduhan dilemparka­n terhadap bekas pegawai khas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Mohd Yusof Abu Hassan.

Permohonan maaf itu dibuat Mohd Ridzuan dalam pertemuann­ya dengan Mohd Yusof yang turut dihadiri peguam masing-masing di Ayer Keroh di sini, semalam.

Mohd Ridzuan berkata, kenyataan yang dimuat naik olehnya menerusi laman sosial Facebook pada Ogos tahun lalu adalah tidak benar, sekali gus tidak akan mengutarak­an serta memaparkan dan mengulangi pernyataan sebegitu pada masa hadapan.

“Dengan ini, saya menyatakan bahawa segala pernyataan bahawa ‘Datuk Mohd Yusof bin Abu Hassan seorang yang boleh dikatakan boleh lepak sampai 5 pagi di

 Presiden IKHLAS tarik balik tuduhan dilemparka­n terhadap bekas pegawai khas MBMB

pub-pub (pusat hiburan) di sekitar Banda Hilir, ada hubung kait dengan mesin-mesin judi, kutip duit dekat mana, seorang pegawai khas samseng dan seorang gangster’ adalah tidak benar, tidak berasas dan tanpa fakta.

“Saya menarik balik semua pernyataan terbabit dan memohon maaf secara terbuka kepada beliau atas semua pernyataan tidak benar itu,” katanya pada sidang media selepas membuat per- mohonan maaf itu, di sini.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, beliau sudah memfailkan perintah mahkamah berkaitan fitnah itu sebelum kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk berdamai tanpa perlu mengheret kes itu ke tahap lebih serius.

“Ini bukan soal menang atau kalah, tapi saya lebih suka cara memohon maaf begini. Kerana betul atau salah dakwaan dibuat, perlu berpanduka­n fakta,” katanya.

 ??  ?? MOHD Ridzuan (kanan) bersalaman dengan Mohd Yusof selepas mengadakan sidang media.
MOHD Ridzuan (kanan) bersalaman dengan Mohd Yusof selepas mengadakan sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia