Harian Metro

Cabul anak rakan

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Buruh mengaku salah dipenjara setahun, dua sebatan

Padah mencabul anak perempuan rakannya, buruh dipenjara setahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, semalam.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Fariff Abd Rahman, 31, mengaku salah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Oktober 2017.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh badan remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah jam 8.30 malam, 27 Oktober 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n

fakta

kes,

ketika berada di sebuah rumah, tertuduh memanggil mangsa masuk ke dalam rumah untuk mengambil radio miliknya di dalam bilik ayah mangsa.

Tertuduh kemudian mengheret mangsa masuk ke dalam bilik sebelum memegang bahu dan perut, memeluk dan meraba remaja itu.

Mangsa yang terkejut berlari keluar dari bilik itu dalam keadaan menangis.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana sudah insaf selain perlu menyara keluarga.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius.

“Tertuduh mengambil kesempatan ketika tiada ibu bapa mangsa. Saya mohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh ,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Mohd Fariff di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Mohd Fariff di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia