Harian Metro

Jel enam bulan cedera isteri pertama

-

Kota Bharu: Tukang rumah dipenjara enam bulan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini, semalam terhadap tuduhan mencederak­an isteri pertamanya dengan tangan, bulan lalu.

Majistret Mohd Azrul Hasyimi Mohammad menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Harun Talib, 55, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memukul isterinya, Miss Maehyae, 53, hingga cedera di bibir di rumah Jalan Sri Cemerlang, di sini, jam 11.15 malam, 28 Oktober 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh memarahi mangsa selepas menghubung­i beberapa kali menyuruhny­a pulang kerana hendak menggunaka­n motosikal selain pada malam itu giliran tertuduh berada di rumah mangsa.

Tertuduh memukul mangsa beberapa kali di kepala dan muka menggunaka­n tangan sebelum dihentikan jiran. Mangsa kemudian keluar dari rumah dan membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca apabila wanita itu kerap membebel selepas tertuduh tidak berlaku adil dalam membahagik­an masa bersama mangsa dan isteri keduanya.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana sudah insaf selain perlu menyara anak dan dua isteri.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Sha- riffuddin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa selepas dipukul berkali-kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia