Harian Metro

Anggota APM, seorang lagi dituduh bunuh

-

Alor Setar: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan seorang jurujual berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada bulan lalu.

Tertuduh, Rizam Mohamad, 34, dan Mohd Zahairrudi­n Zakaria, 36, didakwa melakukan kesalahan membunuh Thomas Ooi Choon Chai, 33, antara jam 8.30 pagi hingga jam 11.53 pagi, di No A69, Taman Perumahan Awam Mergong, Jalan Shahab 1, Alor Setar, pada 27 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berkemeja-T biru dan hitam mengangguk faham terhadap tuduhan yang diba- cakan terhadap mereka di depan Majistret Mohd Aizuddin Zolkeply, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mohd Aizuddin kemudian menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 27 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan seorang lelaki maut akibat dipukul sekumpulan lelaki lain di sebuah . rumah di Perumahan Awam Mergong.

Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan mangsa ada hubungan dengan seorang wanita yang ada di lokasi kejadian, tetapi tidak dipersetuj­ui oleh keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia