Harian Metro

Sampai terhalang ambil UPSR

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

 Wanita temui jalan buntu usaha dapatkan dokumen pengenalan diri anak angkat ditolak

“Anak angkat saya tidak boleh menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) walaupun sudah berusia 12 tahun kerana tidak memiliki sijil kelahiran selepas permohonan untuk memperoleh sijil berkenaan ditolak pihak berwajib,” kata ibu tunggal, Noraini Ibrahim, 60

Katanya, banyak pihak yang tampil membantuny­a untuk mendapatka­n sijil kelahiran anak angkat yang diberi nama Noralia Syafira Abdullah namun semuanya menemui jalan buntu.

“Saya ambil Noralia Syafira untuk dijadikan anak angkat sejak dia dilahirkan di Hospital Mentakab dan keluar- ganya berjanji untuk memberikan sijil kelahiran anak mereka namun tidak tampil berbuat demikian.

“Namun, disebabkan kelewatan itu, saya berusaha melakukan sendiri dengan bantuan beberapa pihak lain namun gagal dan sentiasa ditolak sehingga menemui jalan buntu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Deraka, Tanjung Lumpur, di sini, kelmarin.

Noraini berkata, bagaimanap­un dia tetap berusaha mendapatka­n sijil kelahiran anak angkatnya memandangk­an tiba masa dia membuat kad pengenalan.

Disebabkan tiada sijil ke- lahiran, anak angkatnya itu tidak dapat bersekolah dan mengambil peperiksaa­n termasuk UPSR.

“Saya hanya dapat menempatka­nnya di sekolah secara tumpangan untuk belajar saja tetapi tidak dapat mengambil sebarang peperiksaa­n.

“Sebelum ini, kami menetap di Kuala Lumpur dan turut berkesempa­tan menghantar­nya ke sekolah agama.

“Tetapi kini sejak tinggal di Kuantan dua tahun lalu, tidak ada mana-mana sekolah yang boleh menerimany­a malah dia hanya belajar sendiri di rumah,” katanya.

Katanya, Noralia Syafira berhasrat untuk terus mendapat pendidikan sempurna memandangk­an dia semakin meningkat usia.

“Jika anak angkat saya tidak dapat meneruskan pembelajar­an di sekolah biasa, saya harap dia dapat ditempatka­n sama ada di kelas kemahiran, agama dan sebagainya yang sesuai.

“Selepas 12 tahun menjaganya, saya rasa agak kecewa kerana masih. tidak berjaya mendapatka­n sijil kelahirann­ya, malah usaha menempatka­nnya untuk belajar juga terbatas,” katanya.

Dia berharap ada pihak tampil membantu bagi membolehka­n anaknya mendapat sijil kelahiran seterusnya mendapat pendidikan sewajarnya.

 ?? Noraini ?? NORAINI bersama
Noralia yang masih tidak berjaya mendapatka­n sijil kelahiran ketika ditemui di Kampung Deraka. Keluargany­a berjanji untuk memberikan sijil kelahiran anak mereka namun tidak tampil berbuat demikian”
Noraini NORAINI bersama Noralia yang masih tidak berjaya mendapatka­n sijil kelahiran ketika ditemui di Kampung Deraka. Keluargany­a berjanji untuk memberikan sijil kelahiran anak mereka namun tidak tampil berbuat demikian”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia