Harian Metro

Tersentak suami barah usus, otak

-

Kota Bharu: Setiap pasangan berkahwin mengimpika­n kehidupan bahagia dan dapat memberikan kesenangan kepada cahaya mata mereka.

Namun, bagi pasangan Umi Kalsom Ibrahim, 37, dan suami Asmarudin Daud@Yasin, 46, dapat menyediaka­n makan dan pakai untuk empat anak mereka pun sudah memadai.

Ini kerana kesusahan hidup mereka tidak memungkink­an anak-anak ditabur dengan kemewahan terutama apabila Asmarudin disahkan menghidap penyakit kanser usus dan otak tahap empat, September lalu.

Tugas menyara keluarga kini terletak di bahu Umi Kalsom sepenuhnya yang mengambil upah mencanting batik.

“Sebenarnya, sejak tahun lalu kesihatan suami sudah terjejas, namun dia tetap keluar bekerja dan melakukan semua pekerjaan (kerja kampung) yang terdaya hinggalah pada Aidilfitri lalu, dia hilang upaya untuk berjalan.

“Suami tiba-tiba mengalami lumpuh separuh badan dan hanya terlantar. Pemeriksaa­n di hospital mengesahka­n suami menghidap penyakit berbahaya itu.

“Lebih menyedihka­n apabila suami tidak boleh ber- cakap sejak bulan lalu. Sayalah mengambil alih tugas ketua keluarga dengan upah mencanting batik sebanyak RM1.50 sehelai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Che Latif, Kuala Besar di sini, semalam.

Menurut wanita itu, sebelum ini dia dapat mencanting antara 10 ke 12 helai batik sehari, namun kini hanya lima ke enam helai dengan purata upah diterima RM9 sehari, disebabkan perlu menguruska­n suaminya.

Anak keduanya Muhammad Muhammadi, 16, ter- paksa berhenti sekolah ketika berada di tingkatan dua dan kini melakukan pelbagai pekerjaan untuk meringanka­n beban keluarga seperti mengambil upah mengopek kulit kelapa dan menggali telaga dengan pendapatan RM210 seminggu.

“Dengan upah yang diperoleh tidak seberapa itu, ia digunakan untuk membeli lampin pakai buang ayahnya serta susu untuk adik bongsunya, Masmira Idayu yang berusia 19 bulan,” katanya.

 ??  ?? UMI membantu memakaikan baju Asmarudin ketika ditemui di rumahnya di Kampung Che Latif.
UMI membantu memakaikan baju Asmarudin ketika ditemui di rumahnya di Kampung Che Latif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia