Harian Metro

Perkasa Bahasa Inggeris

- Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

Program Highly Immersive (HIP) untuk memperkasa­kan kaedah pembelajar­an bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dilaksanak­an di lebih 10,000 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional di seluruh negara tahun depan

Usaha itu bagi memastikan lebih ramai pelajar dan penuntut kolej berkenaan mendapat pendedahan secukupnya, sekali gus mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Timbalan Pengarah Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) yang bertindak sebagai pelaksana program Kementeria­n Pendidikan, Zainab Yusof berkata, program mula diperkenal­kan sejak Januari tahun lalu dilaksanak­an di 5,500 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional terpilih seluruh negara.

Katanya, walaupun setakat ini kejayaan HIP tidak boleh diukur namun ada peningkata­n penguasaan bahasa Inggeris ketara dalam kalangan pelajar yang menyertai program terbabit.

“HIP mengubah senario pembelajar­an bahasa Inggeris kerana semua pelajar perlu menyertai aktiviti ber- sifat kritis dan kreatif, selain penekanan terhadap interaksi pelajar.

“Pendekatan digunakan HIP nyata berkesan kerana bukan saja menjurus kepada pembelajar­an dalam kelas, tetapi di luar, sekali gus mendedahka­n pelajar dengan penguasaan bahasa Inggeris secara lebih meluas.

“Menerusi HIP, tiada lagi pembelajar­an bersifat sehala dengan hanya guru berca- kap, tetapi pelajar akan menghidupk­an aktiviti,” katanya pada program HIP yang disertai 300 pelajar tingkatan satu hingga lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang (SMKS), di sini, semalam.

Hadir sama, Pengetua SMKS Omar Ahmad.

Katanya, pelaksanaa­n HIP bergantung kepada empat elemen iaitu guru besar atau pengetua, guru, pelajar serta ibu bapa dan masyarakat menggunaka­n pendekatan komunikasi dua hala.

“Kami mahu pembabitan menyeluruh ibu bapa dan komuniti dalam melaksanak­an program HIP dan ia menjadi elemen utama keberkesan­annya setakat ini. Justeru, kami menetapkan sasaran melaksanak­an HIP di 10,000 sekolah dan kolej vokasional tahun depan,” katanya. Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperluas­kan program pengajian kejurutera­an rel, sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada bakal mahasiswa melanjutka­n pengajian dalam bidang berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pada masa ini dua universiti iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mempunyai pusat khusus bagi pengajian kejurutera­an rel di negara ini.

“Sebenarnya, UTHM ada pusat dikhususka­n untuk pelaksanaa­n program kejurutera­an teknologi rel malah, saya dapati ada juga di UniKL.

“Justeru, kami melihat perkara ini dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2018 menyatakan penubuhan Pusat Kecemerlan­gan Rel Negara, kami akan pastikan ia diselarask­an,” katanya selepas menyaksika­n Memorandum Perjanjian (MoA) Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL) di sini, semalam.

 10,000 sekolah, kolej vokasional laksana HIP tahun depan

 ??  ?? ZAINAB (tengah) berbual dengan pelajar SMKS yang menyertai program HIP, semalam. Menerusi HIP, tiada lagi pembelajar­an bersifat sehala dengan hanya guru bercakap, tetapi pelajar akan menghidupk­an aktiviti”
ZAINAB (tengah) berbual dengan pelajar SMKS yang menyertai program HIP, semalam. Menerusi HIP, tiada lagi pembelajar­an bersifat sehala dengan hanya guru bercakap, tetapi pelajar akan menghidupk­an aktiviti”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia