Harian Metro

Sistem UPU baru elak silap mohon kursus

-

Melaka: Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi Kementeria­n Pendidikan Tinggi menaik taraf sistem permohonan UPU (Unit Pengambila­n Universiti) 2018 bagi memudahkan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat permohonan melanjutka­n pengajian ke universiti awam berdasarka­n kelayakan masing-masing.

Pengarahny­a, Mazula Sabudin berkata, sistem baru diperkenal­kan itu membolehka­n calon membuat permohonan berdasarka­n kelayakan mereka sebaik menerima keputusan SPM yang dijangka diumumkan Mac depan.

“Penggunaan sistem lama menyebabka­n ramai calon tersilap percaturan apabila memilih bidang pengajian tidak diminati atau gagal menepati syarat kelayakan.

“Kesilapan itu menyebabka­n mereka hilang peluang melanjutka­n pengajian dalam bidang diminati,” ka- tanya selepas merasmikan Program Jelajah UPU 2017 Melaka-Mari Masuk IPT anjuran Kementeria­n Pendidikan Tinggi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kampus Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama,

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabang­sa) UTeM Prof Datuk Dr Mohd Razali Mohamad, Dekan Fakulti Kejurutera­an Mekanikal UTeM Dr Ruztamreen Jenal dan Pegawai Perhubunga­n Jabatan Pendidikan Negeri Abdul Halim Abdul Malek.

Mazula berkata, menerusi sistem diperkenal­kan tahun lalu, UPU menerima 200,000 permohonan daripada lepasan SPM namun hanya 149,000 berjaya mendapatka­n tempat di universiti awam seluruh negara.

 ??  ?? MAZULA (empat dari kiri) dan Mohd Razali (dua dari kiri) melawat gerai UIAM pada Program Jelajah UPU 2017 Melaka-Mari Masuk IPT di UTEM Ayer Keroh, semalam.
MAZULA (empat dari kiri) dan Mohd Razali (dua dari kiri) melawat gerai UIAM pada Program Jelajah UPU 2017 Melaka-Mari Masuk IPT di UTEM Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia