Harian Metro

32,605 unit kain rentang ‘dikutip’

-

Jaya: Sebanyak 32,605 unit kain rentang dan gegantung yang berjaya dikumpulka­n pada 2016, dimanfaatk­an secara kreatif dalam projek Karung Kitar dijalankan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dianggarka­n sebanyak 600 tan sampah dan barangan terbuang diuruskan pihak berkuasa tempatan itu setiap hari di Petaling Jaya.

Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, sebahagian daripada barangan terbuang ini bermanfaat untuk dikitar semula sekali gus berpeluang menjana pendapatan masyarakat setempat.

Katanya, kain rentang dan gegantung berkenaan digubah untuk dijadikan produk kraftangan termasuk tikar, apron dan beg pelbagai guna antaranya beg cenderahat­i, dompet, beg dobi dan beg syiling.

“Kewujudan Pusat Aktiviti Penjanaan Pendapatan Komuniti Bandar di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang, berupaya menambah pendapatan penduduk di sini terutama dalam kalangan ibu tunggal dan keluarga yang berpendapa­tan rendah.

“Usaha ini juga sebagai cara membantu golongan miskin bandar keluar daripada paras garis kemiskinan (PGK).

“Mereka yang berdaftar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) diberi peluang untuk menjalani latihan kemahiran seperti jahitan dan masakan sebelum ditempatka­n di pusat aktiviti berkenaan,” katanya.

Usaha ini juga sebagai cara membantu golongan miskin bandar keluar daripada PGK”

Mohd Azizi Mohd Zain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia