Harian Metro

Sesak nafas makan ubat beracun

-

Kuala Lumpur: Dua warga emas Singapura dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas selepas memakan ubatan tradisiona­l beracun dibawa masuk dari Malaysia.

Susulan itu Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura memberi amaran kepada orang awam supaya mengelak membeli atau menggunaka­n dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam kenyataan akhbar HSA, dua produk diharamkan itu jenama Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill dan Chong Cao Dan.

Produk itu dipromosik­an sebagai ubatan tradisiona­l Cina mengandung­i herba bagi membantu melegakan rasa sakit, kebas badan dan melancarka­n peredaran darah

Menurutnya, produk terbabit diuji dan mengan- dungi bahan kimia tidak diisytihar­kan.

“Ujian makmal dijalankan HSA mendapati kedua-dua produk itu mengandung­i kimia

dan .

“Selain itu, Chong Cao Dan juga mengandung­i kimia (sejenis diuretik yang membantu menghilang­kan cecair berlebihan daripada dalam badan) dan

(ubat anti-alergi),” katanya.

Difahamkan seorang wanita warga Singapura berusia 70-an yang mengamalka­n pemakanan pil Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill setiap hari sejak lima tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami masalah pernafasan yang teruk.

Dia mengalami kekurangan adrenal apabila badannya tidak menghasilk­an hormon steroid yang mencukupi, sekali gus mengakibat­kan kelemahan pada badan, sakit otot serta sendi, tekanan darah rendah atau kejutan.

.

 ??  ?? DUA produk ubat tradisiona­l Cina tidak mempunyai kelulusan KKM.
DUA produk ubat tradisiona­l Cina tidak mempunyai kelulusan KKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia