Harian Metro

Hari jadi tambah ceria

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Wanita bawa pulang Honda BR-V hasil peraduan Jom Balik Kampung Bersama Sogo

“Inilah hadiah hari jadi paling bermakna yang pernah saya terima sepanjang hidup,” kata Mazlah Ali dari Nilai, Seremban yang memenangi hadiah utama Peraduan Jom Balik Kampung Bersama Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd (Sogo) dan RHB Bank Berhad, empat hari selepas menyambut ulang tahun ke-46.

Beliau memenangi sebuah Honda BR-V 1.5L berserta troli makanan selepas menjadi ahli S Card Sogo.

“Setiap kali menjelang raya, saya dan suami pasti akan berbelanja di Sogo kerana tertarik dengan peraduan yang dianjurkan ini.

“Disebabkan itu, saya membuat keputusan mem- buat kad keahlian Sogo dan berbelanja lebih RM3,000 hanya untuk menyertai peraduan ini,” katanya ketika ditemui sebaik diumumkan sebagai pemenang utama di pusat beli-belah Sogo, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Sogo Dr Shaun Alexander, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Sogo Chuah Eng Khoon, Ketua Pengurusan Produk Kad RHB Bank Berhad Arron Leu, Ketua Juruaudit Kumpulan Sogo Lee Sook Beng, Pengurus Besar Sogo, Lee Yit Yoong dan Pengurus Kanan Pengurusan Produk Kad RHB Bank Berhad Cristine Wong.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia hanya datang ke Kuala Lumpur dengan menaiki Komuter dan Transit Aliran Ringan (LRT) serta tidak menyangka tuah menyebelah­inya apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta jenama Honda.

Turut diraikan, Phang Siew Hah yang memenangi baucar Sogo bernilai RM12,000 bagi tempat pertama manakala tempat kedua, Nurul Ashrikin Ab Mannan membawa pulang baucar bernilai RM8,000.

Sementara itu, Pengurus Besar Sogo, Lee Yit Yoong berkata, penganjura­n peraduan kali keempat itu untuk memberi penghargaa­n kepada pelanggan setia Sogo.

“Peraduan diadakan setiap tahun di mana pelanggan dengan kad keahlian S Card Sogo dan kad RHB perlu berbelanja mininum RM250 untuk memperoleh dua penyertaan.

“Manakala pelanggan biasa, mereka dikehendak­i berbelanja RM300 untuk mendapat satu penyertaan sebelum berpeluang melayakkan diri ke pusingan seterusnya yang membawa pulang hadiah sehingga RM110,000,” katanya.

 ??  ?? MAZIAH menunjukka­n replika kunci dan troli dipenuhi barangan yang dimenangin­ya.
MAZIAH menunjukka­n replika kunci dan troli dipenuhi barangan yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia